Thursday, December 10, 2009

GILA KAU 38

Gila kau 38

“nak buat apa duduk dekat sini?” tanya Intan tak puas hati

“buatlah apa yang patut” ada beberapa orang pesakit sedang duduk berehat disitu.

“sejak bila awak ni lapang sangat sampai boleh temankan saya duduk dekat sini? Kata banyak keje?” wajah tenang shahrul dipandang lama.

“sejak aku angkat kau malam tu” sengaja dia mengusik. Dia tahu Intan malu setiap kali hal itu diutarakan.

“Boleh tak tak payah nak ungkit apa yang dah berlaku?”

“boleh je kalau kau duduk diam sambil menikmati keindahan alam dekat taman ni”

“emmm bosan..” perkataan itu mengundang gelak kecil Shahrul.

“bosan apa pulak?. Kira kau bertuah tahu tak sebab ditemani seorang lelaki kacak di dalam taman yang cantik. Itupun tak reti nak bersyukur”

“hensem apa ke bende...”

“haiii.. punya banyak perempuan yang beratur nak duduk sebelah aku tahu tak”

“elehh...poyo betullah mamat ni” bisik Intan perlahan.

Tiba-tiba matanya menangkap seorang kanak-kanak yang sedang duduk di atas kerusi roda. Kakinya melangkah mendekati kanak-kanak itu. Dari tadi dia perasan yang mata kecil itu asyik melirik kepadanya dan Shahrul.

“haiii..kakak..” Intan tersenyum manis. kanak-kanak itu terlebih dahulu menegurnya.

“haiii....nama siapa?”

“nina” senyuman manis terukir di wajah pucat itu.

“nina dengan siapa dekat sini?”

“mak”

“mak mana?” tanya Intan lagi.

“tandas” ringkas jawapan Nina. Tersenyum lagi. Matanya si kecil itu melirik ke arah Shahrul yang duduk memerhati mereka dari bangku yang di duduk tadi.

“Nina suka abang tu?” Nina tersenyum lagi. Dia mengangguk perlahan. Intan ketawa kecil. Dari jauh shahrul hanya memerhati lagak wanita itu yang tersenyum dan ketawa. Intan memang cepat mesra dengan sesiapa pun.

“kenapa suka abang tu?” tanya Intan lagi.

“abang hensem” balas anak kecil mungkin berumur 10 tahun itu. Intan ketawa lagi. Mengakui kata-kata Shahrul tadi. Tak salah jika lelaki itu memuji diri sendiri. Gadis kecil ini juga sudah terpaut hati dengan shahrul.

“Nina nak kenal dengan abang?” pantas Nina mengeleng perlahan tapi dia masih tersenyum. dari jauh Intan melambai tangan ke arah Shahrul meminta agar lelaki itu datang ke tempatnya.

“kenapa?”

“nina ini abang shahrul...shahrul ini Nina, Nina suka awak dia kata awak hensem” terang Intan. Nina menutup mukanya dengan tangan. Malu. Intan ketawa kecil. Shahrul tersenyum melihat telatah Nina.

“Nina jatuh cinta dengan abang ek?” tanya Shahrul dengan gaya macho. Intan tersenyum.

Shahrul berlari ke arah bunga kertas yang tak jauh dari tempat mereka, dia memerhati keadaan sekeliling, pantas bunga kertas itu dipetik. Dia berlari semula ke arah Intan dan Nina.

“ini untuk tuan puteri” bunga kertas dihulurkan kepada Nina. Anak kecil itu ketawa lagi. Bunga itu bertukar tangan.

“Nina” panggil seorang wanita. Wanita itu tersenyum ke arah mereka. Nina tersenyum mencium pipi Intan dan mengucapkan terima kasih.

“nina tak nak cium abang ke?” shahrul tersenyum sambil menunjukkan pipinya. Nina tersenyum manis. lalu dengan pantas pipi shahrul diciun sekejap. Ibu Nina hanya tersenyum. faham dengan telatah anaknya. Mereka meninggalkan shahrul dan Intan.

Shahrul masih tersenyum panjang, “amboiii mengoda nampak, budak kecik lagi tu” Intan berjalan menuju ke kerusi rehat yang tadi ditinggalkan.

“kenapa cemburu ke?” usik Shahrul.

“tak ada makananya”

“ehh ada makna..kan saya kataawak bertuah sebab dapat duduk berduaan dengan mamat hensem macam saya ni, awek kecikpun kata saya hensem tengok” Shahrul berkata bangga. Intan mencebik.

“yelah tu.....” Intan tersenyum.

****
Sejak dia di hospital perangai Shahrul kepadanya nampak ada sedikit perubahan. Tiba-tiba mamat poyo ni jadi baik malah dia menjadi pelawat tetap. Tapi kadang-kadang keluar juga dari mulut lelaki itu kerana kehendak Mak Siti dia datang. Tak ikhlas langsung.

Mak Siti tersenyum melihat Intan yang semakin segar. Wajahnya mula berona seri, malah lebih bersinar. Selama berehat di hospital kasih sayangnya pada gadis itu bertambah. Malah lebih dari anak sendiri. Kalaulah shahrul betul-betul menerima intan.

“macamana hari ni?” Tanya Mak Siti dalam senyuman.

“emm sihat, kalau boleh hari ni juga nak balik..” sengaja ditayangkan wajah sedih kepada Mak Siti, mengharapkan sesuatu.

“jangan nak mengada-ngada” orang lain pulak yang bersuara, Intan mencebik. Menjeling Shahrul yang asyik dengan bacaannya. Utusan semalam kalau tak salah. Tak akan tak baca lagi.

“tapi Mak siti, Intan dah sembuh laaa..tengok ni sihat dah” dia menampar pipinya beberapa kali. Mak Siti hanya tersenyum.

“Mak bukan doktor Intan, kalau ikutkan lagi senang Intan dekat rumah” Intan mengangguk setuju “hahh betul tu, intan pun lagi selesa dekat rumah”

“hah selesalah sangat nanti pengsan lagi siapa nak angkat?” wajahnya berona merah. Hishh sengaja betullah mamat poyo ni nak malukan aku depan mak dia.

“alaaa Maya kan dah balik, kalau saya pengsan saya angkat diri sendiri” kedengaran tawa sinis shahrul. Intan mengigit bibir. Mangkuk betul.

Dia kembali menayangkan muka seposen kepada Mak Siti memberi isyarat mata kepada si ibu supaya faham apa yang bermain di hatinya. Dia nak bebas, dia tak nak dilayan macam orang sakit.

“hah!! Mak jangan nak terpengaruh dengan muka kesian tu, lagipun doktor dah tak bagi dia balik lagi” tegur Shahrul.

“awak ni kenapa? Saya bosan tahu tak duduk dalam wad ni” kenyataannya ditujukan kepada Shahrul.

“kalau bosan bacalah majalah ke tengok TV ke tak pun pergi keluar ke taman tu” cadangan tak bernas Shahrul. Wajah mencebik Intan tidak dipedulikan.

“cakap senanglah cuba awak yang duduk sini”

“kalau aku duduk sini senanglah nurse semua cantik-cantik..betul tak mak?” shahrul mengangkat kening kepada Maknya minta persetujuan. Mak Siti mengeleng perlahan, ada-ada saja anak terunanya sorang ni. Macam-macam.

“kalau macam tu Intan bolehlah jeling-jeling Doktor yang ada dekat sini, Mak tengok pun hensem-hensem juga” sengaja Mak Siti membakar hati anaknya. Dapat dilihat perubahan wajah Shahrul. Dia tersenyum.

“ehhh bagus juga cadangan Mak Siti tu, kalau pergi taman ada orang temanpun ok juga” Intan menambah gurauan Mak Siti tanpa mengetahui niat sebenar kata-kata itu. “ke Mak Siti yang dah terpikat dengan mana-mana doktor dekat sini?” giliran Intan mengusik. Ketawa mereka bersatu. Shahrul tersenyum kecil.

“boleh juga kalau dapat ayah baru ni” tambah Shahrul memanjangkan usikan Intan.

“hishhh pakat-pakat pulak nak kenakan Mak ek..” satu cubitan kecil singgah di pipi Intan. Dia ketawa lagi. Wajah ceria Intan mengundang rasa yang sama di hati Shahrul. Dia bahagia melihat maknya yang tersenyum di sebelah wanita itu. Pandai Intan mencuri hati ibunya.

“tapi Intan memang dah bosanlah duduk sini”

“tak apalah mungkin dua tiga hari lagi Intan dekat sini lepas tu boleh balik jangan risau” Intan tersenyum, suka dimanja begitu, kasihnya terasa semakin melebar pada wanita didepannya itu.

****

“hah! Senyum seseorang” Intan terkejut lalu berpaling. Wajah lelaki itu kembali di ruang matanya. Ehh macam tahu-tahu aku tengah teringatkan dia. Ehh bukan dia aku teringat mak Sitilah. Semalam wanita itu tak datang sebab ada kenduri rumah Mak Nap.

“bukan awak dah balik ke?”

“dah, tapi tadi ada meeting dekat-dekat sini tu yang singgah sekejap” jelas Shahrul.

Kemeja ungu lembut dengan tali leher terikat kemas menandakan apa yang dikatakan betul. Memang dia tengah kerjapun.

“kalau sibuk tak payahlah datang”

“haiii halau nampak?” shahrul bertanya tak puas hati. Orang penat-penat datang bukan nak ucap terima kasih. Hishhh perempuan ni nasib baik aku sayang. Bisik hatinya lambat.

“bukan halau tapi kenyataankan, saya tak nak nanti sebab saya ada pulak yang hilang projek berjuta-juta”

“aku bukan nak lawat kau sangat pun, saja nak buat syarat kalau mak tanya adalah jawapan. Kalau tak nanti membebel” Intan mengigit bibir.

“dah tengokkan pergilah balik” marahnya. Tiba-tiba dia terasa dengan kata-kata lelaki itu. Tapi kenapa?. Shahrul memandang tepat ke arah wajah mendung Intan. Dia tahu dia dah tersilap cakap. Memang mulut tak ada insurans betul.

“alaaa sorrylah aku bukan sengaja, dah biasa bergaduh dengan kau, rindu pula nak kena marah” dia ketawa kecil.

“tak kelakarpun”

“siapa pula yang buat kelakar?” shahrul bernada selamba.. sengaja membakar wajah putih bersih wanita di depannya.

“awak ni kenapa? Sengaja nak cari gaduh ek?” Intan memandang tepat ke arh senyuman sinis Shahrul. Kalau datang nak menyakitkan hati orang baik tak payah, tak habis-habis.

“bukan cari gaduh tapi pengubat rindu” bisik shah perlahan. “apa dia?” Intan bertanya lagi. Tak dapat menangkap apa yang bermain di bibir lelaki itu sebentar tadi. “tak ada apalah”

“saya nak baliklah” kali ini suaranya kembali mendatar. Shahrul buat-buat tak dengar. “awak dengar tak ni apa saya cakap?” sekali lagi intan memberontak kecil.

“oklah nanti aku bincang dengan Doktor” shahrul mengalah, lemah dengan alunan suara manja Intan. Hishh tak pernah buat suara macam tu dengan dia mana tak cair.

Intan tersenyum, langkah Shahrul di hantar dengan ekor mata. Dia tahu hakikat sebenarnya dia juga mengharapkan kehadiran lelaki itu. Bukan akalnya tapi hati kecilnya yang berbisik.

Lelaki itu kembali semula masuk ke dalam bilik. Sesuatu dikeluarkan dari dalam poket seluar slack hitamnya. “ehh lupa ni untuk kau” bunga kertas tiga kuntum diletak atas meja. Intan memandang pelik.

“apa ni?”

“b.u.n.g.a. bunga... masa sekolah dulu tak belajar ek?” usik Shahrul.

“mana awak dapat?” tanya Intan lagi. Matanya melihat bunga kertas berwarna ungu yang sudah terkulai di atas meja.

“aku curi dekat taman hospital tadi” ketawa Shahrul bergema.

Shahrul keluar dengan sisa tawa yang masih belum berhenti. Dia teringat aksi mencuri bunga di taman larangan Hospital. Nasib baik tak ada yang nampak kalau tidak mesti kena denda.

“gila...” Intan melihat bunga kertas didepannya. Memang sah bunga taman Hospital. Dia akhirnya tersenyum. bunga kertas itu dicapai.

****

“hahh siapa yang salah sekarang ni?”

“manalah aku tahu nak buat macam ni punya betul Maya, alamak macamana ni?” Intan melihat bunga mawar yang sudah memenuhi biliknya. Sampai nak masuk pun susah. Gila betullah mamat ni. Kalau nak bagipun agak-agaklah ni sampai seribu ingat boleh makan ke?

“itu baru yang dekat dalam ni, belum lagi yang dekat luar tu, nasib baik ni hospital swasta tahu tak kalau buatnya hospital kerajaan tak ke kau kena campak ke luar”

Intan tersengih. Dia mengaru kepala. Tudung yang terletak dikepalanya dibetulkan. “manalah aku nak tahu” telifon di tepi katilnya berbunyi. Segera butang hijau ditekan.

Kedengaran tawa lelaki itu memenuhi ruang telinga. “apa ni Lokman? Saya main-main yang awak betul-betul buat apa?..” marah intan walaupun memang tak ada guna dia marah. “saya memang nak bagipun, tapi sebab awak dah minta so saya teruskanlah niat saya” balas suara di hujung talian.

Maya hanya menjadi pemerhati, sempat dia mengelengkan kepala. pelik mamat ni, kes parah dah ni mesti hantar hospital jumpa pakar perasaan dan kejiwaan. Maya menyusun gambangan bunga dia tersenyum sendiri.

“tapi saya tak suka bunga” suara Intan lagi.

“awak tak suka tapi saya suka.. “ hahh memang tak boleh menang. Akhirnya Intan mengalah. Dia tersenyum. “terima kasih” itu saja yang mampu diucapkan. Talian dimatikan.

Intan memerhatikan lagak Maya yang menyusun bunga sekejap dia senyum sekejap dia tersengih. Intan mengaru dagunya memikirkan sesuatu.

“haiii aku yang dapat bunga kau yang senyum panjang sampai ke telinga kenapa?”

Maya ketawa kecil, sekuntum bunga ditarik dari jambangan berhati-hati.“hah?? Tak ada apalah..rasa macam bertuah juga kau sakitkan, merasa juga aku duduk dalam kebun bunga rose merah dalam hospital” Intan ketawa. Dia membetulkan duduknya.

“kau jangan nak doakan aku sakit lagi ek”

Maya membawa rose merah ke arah Intan. Dia mengeleng perlahan, memang Intan jenis yang tak teruja sangat dengan bunga. “bestlah kalau kau sakit ada orang tolong dukungkan bawa pergi hospital, ada yang bagi bunga sampai 1000 kuntum, tak ke namanya tuah badan tu?”

“aik lain macam ayat jiwang keluar ni dari mulut Maya Kirana, ada apa-apa ke ni?”

“ehh...aku cakap pasal kau sekarang ni” Maya duduk semula di kerusi sebalah katil Intan. Bunga masih ditangan.

“aku pulak rasa macam kau yang ada tak kena” duga Intan.

“aku sentiasa doakan kau bahagia Intan” Maya menutur kata membuatkan Intan kembali memandang wajahnya. Mereka saling berpandangan.

“aku tak suka semua ni Maya” Intan mengucap perlahan. Maya berdengus perlahan. Hahhh intan tak pernah berubah. Trauma dengan kasih sayangnya masih tak hilang.

“Intan kadang kala kasih sayang orang lain yang membahagiakan kita”

“tapi aku tak nak bila kasih sayang aku datang akan membuatkan orang yang aku sayang ditimpa musibah” Intan tunduk. Jarinya memintal hujung selimut putih yang menutup kakinya. “entah-entah kau berceraipun sebab kau baik dengan aku...entah-entah..”

“Intan stop it...aku tak suka kau salahkan diri kau, semua tu takdir”

“tapi aku takut Maya” dia tunduk menarik lututnya rapat ke dada, ada airmata yang bergenang. Dia tunduk menutup wajahnya. Kenapa tiba-tiba dia sedih.

“kau memang bawa sialll...kau ni memang pembawa malang.. kalau tak sebab kau suami aku tak mati” suara itu bergema lagi.

“hahh kau ni sepatutnya mati je tak payah nak hidup, kalau hidup menyusahkan orang” jerit wanita itu dekat dengan telinganya, dia disepak di cubit dengan kuat. Sakit. “kau jangan dekat dengan orang nanti semua mati sebab kau..”

Intan menutup telinganya. Dia sudah mula tak tenang. Air mata semakin laju. Maya pantas menarik temannya ke dalam pelukan. “Intan ingat Allah..ingat Dia penentu segalanya” Maya cuba menenangkan hati temannya.

“mungkin betul aku....”

“Intan tak ada orang yang dilahirkan sial dalam dunia ni, semua yang terjadi sudah ditakdirkan” Maya berkata tegas. Tak mahu fikiran kotor itu meresap masuk ke dalam jiwa temannya. Dia tahu apa yang berlaku pada Intan. Dia sendiri kesal dengan sikap sesetengah manusia yang suka meletakkan kesalahan di bahu orang lain.

“Maya terima kasih sebab tak takut dengan aku” ucapnya perlahan.

“hishhh buat apa pula kau nak takut, kau bukan gergasi hidung besarpun” perlahan tangannya menyapu airmata Intan. Dia tersenyum. “tulah aku rasa kau kena ada suami yang boleh peluk kau macam ni kalau nak nangis” tambahnya lagi. dahi Intan berkerut.

“kaukan ada..”

“aku peluk tak sama dengan cik abang kau peluk” usik maya lagi.

Intan mengelap sisa airmatanya. Memang dia tahu kadang-kadang hati kecil itu mudah tersentuh. Wajah itu kembali tersenyum. Pandai pula si maya ni nak kenakan dia. Kalau betul pun dia nak bersuami siapa pulak calonnya?. Tapi tak mungkin dia akan merosakkan masa depan seseorang semata-mata demi kepentingan diri. Dia pembawa sial... Ya Allah apa aku cakap ni... Ya Allah berdosanya aku menyalahkan TakdirMu.

Tiba-tiba pintu ditolak kasar. Maya dan Intan berpaling. Wajah shahrul memenuhi ruang mata. Lelaki itu senyum kepada Maya. Tapi bila tiba matanya menghala ke wajah Intan senyuman itu mati. Sekeliling bilik dipandang sekilas. Sakit hatinya apabila melihat senyuman wanita itu bila saja sejambak demi sejambak bunga masuk ke dalam biliknya.

“Dr akif kata awak boleh balik petang ni”

Intan berona gembira. Senyumannya mekar tiba-tiba. Itulah yang dinanti.

“alaaaa...sekarang tak boleh ke? Sebab petang ni aku ada meeting dengan pengedar dari Indonesia” Maya berkata perlahan. Intan mengeluh, matanya dilarikan ke arah shahrul yang masih pegun di sisi pintu, jauh dari katilnya.

“Tak apa aku ada” sebaris ayat keluar dari mulut lelaki itu. Intan tergumam, bunyi macam terpaksa je.

“tak apalah aku naik teksi”

“tak payah kan aku boleh hantar” shahrul membantah perlahan.

“tak payah awak kan ada kerja lain..” Maya memandang satu persatu wajah Insan didepannya. Amboii budak dua orang ni tak nak mengalah langsung. Ego.

“tak ada kerja petang ni...” balas Shahrul lagi. Suaranya mula meninggi. Geram.

“emmm...” belum lagi sempat dia menjawab telifon milik Intan berdering lagi.

“petang ni...entah naik teksi kot” kedengaran suara wanita itu beralun lembut , shahrul menjeling dengan ekor mata sambil tangannya menarik kuntuman bungan rose yang dari tadi dipegang. “emmm ok bye” tersenyum. Shahrul mencebik.

“tak payahlah awak, Lokman kata dia boleh hantar”ucap Intan perlahan. shahrul berlagak selamba. Riak wajahnya seakan tiada apa yang bermain di hati yang sudah panas membakar.

“suka hatilah, kalau tak ada apa-apa aku balik dulu” belum sempat mendengar jawapan dari Intan dan Maya dia menonong keluar tanpa berpaling.

“apahal mamat poyo tu?” tanya Intan pelik, pagi tadi ok je.

“emmm sindrom jelousy laa tu”

“cemburu dengan siapa pulak?” Intan mengecilkan mata,

“siapa lagi, ala pura-pura tanya pulak..tu tengok bunga rose tu yang jadi mangsa kena tarik, hishhh kesian mamat poyo kalah dengan mamat bunga”. Intan mencebik. Kata-kata Maya langsung tidak berkesan di hatinya.

kerana kau 16

Kerana kau 16

Dia sedar ada mata yang memerhatinya dari tadi. Dengan hujung mata dia dapat melihat wajah sayu Datuk Mansur. Sengaja dia mendiamkan diri. Misinya di Neraca Holding mesti dilaksanakan. Dia tak mahu ada yang menganggu rancangannya. Dia mesti tekad dengan apa yang dihajati sejak dulu.

“Ayuni masih marahkan papa?” kereta mewah yang laju menyusuri jalan dirasakan perlahan. Dai tadi dia menghitung waktu. Tapi lagi dikira detiknya lagi lambat dia berlalu.

“marah bukan ayat yang sesuai untuk Datuk” ringkas jawapannya membuatkan datuk mansur tertunduk.

“sampai bila baru ayuni boleh terima papa?”

“saya tak ada jawapan untuk soalan Datuk tu, maaf” katanya jelas memang dia tak punya jawapan dari soalan itu.

“Tapi papa bukan nak jawapan tapi kemaafan dari seorang nak” kereta yang dinaiki berhenti di depan Neraca Holding. Pak saleh memandang wajah sayu Datuk Mansur. Ayuni membuka pintu kereta perlahan. Tak ingin berlama di situ, ada rasa menyesal di hati sebab setuju dengan pelawaan Datuk Mansur.

“Ayuni” panggil Datuk Mansur sekali lagi. Semakin ingin dibuang rasa bersalah semakin bertambah rasa itu.

“maaf saya bukan untuk seorang insan yang bergelar suami yang meninggalkan isteri demi kekayaan dan mengabaikan seorang anak atas nama kekayaan”

Dia menolak kuat pintu kereta, Datuk Mansur ditinggalkan termanggu sendiri dalam kereta. Tidak bergerak. Hampir menitis airmata yang ditahan. Dadanya terasa senak.

“sabarlah Datuk, mungkin dia perlukan masa” ujar pemandu yang berkhidmat lebih 10 tahun dengannya itu, banyak rahsia Datuk Mansur di kongsikan bersama pemandu setianya itu. Terlakar senyuman paksa di wajah tua itu. Cuba menenangkan rasa bermain di hati.

***

“kenalkan ini anak saya Nur Ayuni Balqis, saya harap semua akan memberi kerjasama kepada Ayuni” Ayuni menahan rasa. tersentuh hatinya apabila dia diperkenalkan sebagai anak Datuk Mansur tapi kenapa baru sekarang? Dimana papanya saat dia dihina di sekolah dikatakan anak pungut? Mana papanya bila ibu dikutuk melahirkan anak luar nikah?.

Dia meninggalkan himpunan manusia itu. Malas nak berlama di situ lagipun bukan mereka di situ tak mengenalinya. Dia pernah berada di antara mereka dulu, Cuma bezanya dia kini anak bos.

“kenapa papa tak bincang dengan Riz dulu?” Fariz tak puas hati. Dia tahu papanya menahan rasa apabila Ayuni meninggalkan mereka macam tu saja tadi. Biadap!!

Datuk Mansur tersenyum, dia tahu anak itu marah kerana rasa sayang yang melimpah kepadanya. Fariz memang anak yang baik malah kepercayaannya tak pernah berbelah bahagi kepada Fariz walaupun sedikit.

“tak apalah Riz, papa ok. Dia ada hak nak buat macam tu Riz”

“tapi kenapa Riz tengok papa macam tunduk dengan perangai degil dia tu, sombong tak bertempat. Riz tak boleh terima cara dia layan mama dengan papa macam tu”

Satu keluhan berat dilepaskan. “Tak apalah Riz nanti suatu hari papa ceritakan perkara sebenar, mungkin masa tu Riz akan faham kenapa Ayuni bersikap macam tu” datuk Mansur menepuk perlahan bahu anak mudanya. Dia bangun meninggalkan bilik Fariz.

***

Kembali ke Neraca Holding banyak menimbulkan tanda tanya pada kakitangan syarikat. Malah ada yang berbisik antara satu sama lain tentang berita 300 ribu yang dikatakan atas tanggungjawab dia. Ayuni pasti bukan itu sebenarnya tujuan dia kembali tapi ada hasrat yang lebih besar.

“ni semua hasil projek terbaru, Encik Fariz suruh Cik Ayuni semak dah buat kontrak baru. Dia nak petang ni juga” tiga buah fail tebal dipandang. Matanya beralih kepada Aini kerana akaun bahagian pengurusan. Jelas wanita itu takut-takut.

Dia menarik fail rapat ke sisi, satu persatu diteliti. Aini masih tegak berdiri di depannya. Satu keluhan kedengaran. Mereka berpandangan.

“aini ini bukan kerja sayakan? Kenapa mesti saya yang kena kemaskini projek akaun?” dia melepaskan apa yang terbuku di hati. Aini menelan air liur. Seram sejuk badannya memang sudah diutara soalan yang sama kepada Fariz tapi dia balik yang kena marah.

“saya dah cakap dekat Encik Fariz, tapi dia kata Cik Ayuni boleh buat semua ni” terang Aini keadaan sebenar.

“baiklah awak boleh keluar”

Nampaknya memang sengaja dia ni nak kenakan aku, tak apa Ayuni sabar selagi boleh sabar jangan bagi dia pijak kepala kau. Setakat kerja senang macam ni tak akan kau tak boleh buat. Bisiknya sengaja ingin menenangkan hati yang dah membara.

“apa masalah awak ni?” fail ditangan dilepaskan ke atas meja. Membuatkan Fariz terperanjat.

“ehh apa ni?” bulat mata lelaki itu tak puas hati.

“ini bukan tugas saya”

“Cik Nur Ayuni Balqis awak akan bakal memimpin Neraca Holding jadi awak seharusnya tahu sekecil-kecil dan sebesar-besar tugas di sini, bukan hanya skop tugas awak yang tak seberapa tu”

Ayuni diam, mengigit bibir tanda geram. Matanya menikam tajam wajah Fariz yang masih berlagak tenang.

“nampaknya Encik Fariz dah tak sabar nak tinggalkan Neraca Holding, jadi tak perlulah saya berahsia lagi. Kalau encik Fariz dah tahu kedudukan sebenar” diluahkan apa yang terbuku di hati.

“apa maksud awak Ayuni?”

“Encik Fariz jangan lupa saya ni adik Encik Fariz dalam kata yang mudah difahami saya anak Datuk Mansur yang sebenar, bukan yang dipungut dari mana-mana longkang atau tepi jalan” Fariz tunduk. Hakikat itu ditelan perlahan.

“Ayuni!!” satu suara menerjah dari belakang. Dia berpaling. Datuk Mansur sudah menapak masuk. “Fariz juga anak papa” keras kata-kata itu. Dia memandang mata tajam anak perempuannya yang menikam tajam.

Ayuni tersenyum.tangannya menyusun semula fail yang bertabur di meja.

“Papa tak suka ayuni kata macam tu dekat abang Fariz” Ayuni mencebik, abang Fariz?!!

“maaf Datuk saya tak pernah ada abang dan tak mungkin anak pungut ni akan jadi abang saya” tajam kata-kata itu sekali lagi Fariz mengigit bibirnya lancang sungguh mulut ayuni kali ini. wajah kemerahan papanya dipandang dia tahu papa marah.

“ sudahlah papa” Fariz cuba memujuk papanya. Tak mahu ada perkara lain yang akan timbul papanya bukan sihat sangat.

“Fariz anak papa, dia bukan anak pungut..papa tak suka kalau ada orang kata dia anak pungut walaupun kata-kata itu lahir dari anak papa sendiri”

Sekali lagi Ayuni ketawa, kali ini lebih kuat dari tadi. Matanya diarahkan kepada Fariz yang setia menikam wajahnya begitu juga Datuk Mansur.

“sakitkan Datuk Mansur?” berkerut dahi Datuk Mansur mendengar pertanyaan ayuni. Mata anaknya itu tidak setajam tadi. Tapi ketawa itu jelas hanya dibuat-buat. Kenapa anaknya ini.

“Ayuni...” panggil Datuk Mansur perlahan.

“sakitkan Datuk. kalau anak yang disayang dikatakan anak pungut, itulah yang mak saya rasa bukan saja anak pungut, anak jalang, anak luar nikah...bukan sikit tapi banyak. Terlalu banyak rasa sakit sampai sayapun dan lupa apa rasanya sakit” dia mencapai Fail di meja dan terus meninggalkan bilik Fariz. Tak mungkin dia tunggu lagi di situ.

“Ayuni...maafkan papa”

“papa..please ceritakan apa yang berlaku, Riz tak faham apa maksud ayuni tu?”

“dia tak bersalah Riz, papa yang bersalah. Semua ini salah papa” kekesalannya mengunung tinggi.

Segalanya diceritakan dari awal pertemuannya, kisah cintanya dan kisah perpisahan yang sengaja disebabkan rasa ego dan keinginan masa muda yang memusnahkan. Fariz mendengar tanpa berkelip. Dia ingin jawapan dari kekasaran wanita bernama Nur ayuni Balqis.

“jadi dia berdendam pada mama?”

“bukan mama saja tapi pada papa” tenang Datuk Mansur menutur kata.

“papa rasa tak bahaya dia tinggal serumah dengan mama?” duga Fariz lagi. Lepas apa yang diceritakan oleh papa dia yakin Ayuni ada agenda lain.

“dia bukan seorang yang bahaya Fariz, dia cuma mahukan keluarga yang selama ini tak dirasai”

“papa yakin dia tak akan apa-apakan mama?” segala apa yang berlaku sejak kedatangan Ayuni terimbas di kotak fikirannya.

Datuk Mansur diam. Yakinkah dia? Dia sendiri masih gagal mengenal hati anaknya itu. Dia sendiri masih belum mengenalpasti apa yang bermain di fikiran anak yang dah lama ditinggalkan itu.

“Fariz tak mahu dia apa-apakan mama dan papa” ada ketegasan walaupun kata-kata itu ditutur perlahan.

***

Fariz memperlahankan sedikit langkahnya menunggu langkah Ayuni yang agak perlahan. Dari dalam kereta tadi wanita itu hanya menjawab sepatah sahaja soalannya samaada ya atau tidak.

“cepatlah sikit kita dah lambat ni” Fariz berhenti. Memberi laluan kepada Ayuni. Entah apa mimpi papanya meminta ayuni yang mewakilkan pihak pemasaran sedangkan sepatutnya dia pergi bersama Adam.

“jangan salahkan saya, lagipun ini keputusan lembaga pengarah… bukan saya sengaja kenakan awak..and please maniskan sikit muka awak yang masam tu” permintaan Fariz membuatkan Ayuni menarik muka. Teringat janjinya dengan papa untuk menjaga adiknya yang sorang ni.

Persidangan selama 3 jam itu berjalan dengan lancar. Semua yang hadir berpuas hati termasuklah Ayuni dan Fariz. Senyuman diukirkan pada wakil syarikat lain. Dalam suasana yang sibuk dengan orang ramai Fariz dapat menangkap raut wajah yang putih berseri tersenyum manis. Lama dia terpaku. Patutlah dia jarang senyum rupanya kalau dia senyum boleh cair hati orang yang memandang. Bisik hatinya.

“Fariz..” panggilan namanya membuatkan dia berpaling ke belakang.

“Zack kau pun ada juga rupanya” Zakaria anak kepada Hartawan yang mempunyai berbelas buah syarikat. Mereka pernah bersekolah di sekolah yang sama ketika di tingkatan 5 dan mereka pernah merebutkan seorang wanita tapi apa yang pasti pertandingan itu tak membawa apa-apa makna padanya.

”hebat kau sekarang” puji Zakaria

”kaupun apa kurangnya..” Fariz mencari kelibat ayuni tapi tak jumpa. Mana pulak dia ni tadi ada dekat sini. Matanya meliar lagi.

”tapi aku tak sepopular kau..hari-hari muka kau dekat majalah” tambah Zakaria lagi. ketawa mereka bersatu.

”mana awek yang dengan kau tadi?”

”awek?”

”yang cun tadi..” fahamlah Fariz yang dimaksudkan Zack adalah Ayuni.

”siapa?awek baru?” sekali lagi temannya itu bertanya.

”hishhh taklah wakil Neraca Holding bahagian pemasaran”

Dalam masa yang sama Ayuni datang merapati mereka. Dia menghadiahkan senyuman ke arah Zakaria. Dia gelisah jam sudah menunjukkan pukul 6.30 tapi masih belum ada tanda yang Fariz akan meninggalkan Hotel Muriana. Sekali lagi dia melihat jam di tangannya.

”kenapa?”

”baliklah dah tak ada apakan” pinta Ayuni. Matanya sempat memandang wajah teman bosnya.

”haii..saya Zack” belum sempat diperkenalkan zakaria terlebih dahulu menghulurkan salam perkenalan.

”Nur Ayuni Balqis” jawabnya pendek.

Mata Zakaria tidak lepas dari meneroka setiap inci wajah Ayuni. Dia mengundur sedikit ke belakang terasa tidak selesa dipandang begitu. Fariz yang menyedari adegan itu memukul perlahan bahu kawan lamanya itu.

”oklah Zack aku balik dulu..lagipun dah lewat ni”

”nak balik dah? tak akanlah cepat sangat, kalau kau tak keberatan biarlah Cik ayuni aku hantarkan” berkerut dahi Ayuni mendengar permintaan lelaki itu. Matanya terus di alihkan kepada Fariz. Cuba memberi isyarat mata.

”aku tak kisah kalau dia nak”, Ayuni hampir meloncat. Cishhh tak guna punya Fariz...kau nak cabar aku ek.. kau ingat aku tak berani?

”macamana Cik ayuni?” Fariz tersenyum dia suka melihat wajah gusar wanita itu.

”emm kalau macam tu saya ok je” Fariz tersedak. Terkeluar sedikit air yang diminum. Gila apa perempuan ni baru je kenal dah nak ikut sesuka hati. Kalau dia balik nanti papa tanya dia nak jawab apa?.

”emmm tapi cik Ayuni kena tunggu sekejap sebab saya ada urusan sekejap dekat dalam. boleh?..kalau tak keberatan?”, Ayuni tersenyum lalu mengangguk perlahan. Zack bergegas masuk ke dalam bilik persidangan tadi.

”awak biar betul nak ikut dia balik?”

”apa pulak tak betul..lagipun Encik Fariz kan tak kisah...lagipun saya ni jenis yang tak suka nak menyusahkan orang”

”awak tak takut dengan dia nanti apa pulak kata papa ?”

”tak ada bezanya dia dengan Encik Fariz...”

”awak sindir saya Ayuni, emmm ok terserahlah lagipun awak bukannya kecik lagi nak didukung ke sana ke marikan...” Fariz meletakkan gelas yang dipegang lalu meninggalkan ruang lobi hotel. Dia menuju ke keretanya.

Ayuni mengigit bibirnya. Geram. Fariz meninggalkannya begitu saja.. tak patut betul, dia resah di tempat duduknya.

”jom Cik Ayuni...ehh Fariz mana?” Zack muncul dengan senyuman manis. nampak ikhlas. Hahh tak ada apa yang nak ditakutkan. Cuba bertenang.

“dia dah balik” lelaki itu mengangguk tanda faham.

Mereka berjalan menuju ke kereta mewah milik Zakaria. Lelaki itu membukakan pintu kereta untuknya. Ayuni hanya tersenyum walaupun dalam hatinya ada rasa tak selesa. Mahu saja dia lari atau naik bas.

“kenapa Cik Ayuni Takut ke?”

”hah!! Tak adalah” alamak nampak sangat ke? Ayuni menyentuh pipinya perlahan.

”jangan takut saya makan nasi tak makan orang, walaupun kadang-kadang nasi pun saya jarang makan” Zakaria tertawa sendiri. Dia cuba menghidupkan keretanya, gagal sekali lagi dia mencuba tetap gagal. Kali ketiga masih sama.

”aikkk kenapa pulak kereta ni.. mesti ada something ni?” rungut zack sendiri. Dalam hatinya sudah menyumpah seranah berbakul-bakul.

”kenapa ni Encik Zakaria?”

”tayar pancitlah Ayuni automatik kereta tak boleh hidup” zakaria keluar dari kereta melihat bahagia tayar depan keretanya. Ayuni mengeluh perlahan. kereta mahal pun masalah juga. Kalau naik bas ni dah lama sampai. Hari nak magrib dah ni hishh menyusahkan betullah.

Ayuni keluar cuba melihat apa yang berlaku. Kalau pasal kereta ni manalah dia tahu apa-apa. Dia hanya tersenyum menyembunyikan rasa apabila zakaria meminta maaf . Bunyi hon kereta mengejutkan mereka. Mereka sama-sama berpaling.

”kenapa?” tanya Fariz.

”pancitlah....kau tak balik lagi?”

”aku selesaikan urusan dengan Mr Wong..habis tu macamana ni?” tanya Fariz lagi. Matanya sempat menjeling ke arah Ayuni, tapi wanita itu langsung tidak mempedulikannya.

”emm aku dah call kawan aku mungkin sikit lagi dia sampai”

”kalau macam tu Ayuni marilah balik.” ajak Fariz.

”emmm..tak apalah saya tunggu Zack siapkan kereta” ucapnya separuh kuat, sengaja dia berkeras.

”laa..tak akan awak nak magrib dekat sini nanti papa tanya abang nak jawab apa?” fariz mengundang persoalan lagi. Terkedu Ayuni mendengar ayat yang meniti di bibir lelaki itu. Bila pulak dia ni berabang dengan aku?.
“papa? Abang?” tanya Zack pelik.

“Ayuni ni adik akulah” Fariz berkata bangga. Sengaja dikuatkan kata-kata itu.

“adik?..sejak bila Datuk Mansur ada anak perempuan lain selain Leyya?” soal Zack lagi.

“panjang ceritanya. Kalau nak cerita sampai esokpun tak habis” giliran Fariz memutus kata. Malas lagi memdengar soalan dari Zack.

”emmm..tak apalah Ayuni awak balik dengan Fariz dulu, lagipun kalau nak tunggu saya nanti lambat pulak awak balik” kini giliran Zakaria pula bersuara. Dia cukup terharu dengan kesudian wanita itu menunggunya tapi dia perlu bertimbang rasa. lagipun dia anak Datuk Mansur, bukan perempuan biasa yang boleh dibawa ke sana ke sini sesuka hati.

***

Suasana sepi yang kedengaran hanya alunan bacaan Al-Quran dari radio yang agak perlahan. Mungkin menghormati waktu magrib atau sengaja nak buat baik. Dari tadi dia hanya membatukan diri, terasa jauh untuk sampai ke rumahnya. Ayuni hanya melontarkan pandangannya ke luar tingkap, tiada apa yang nak dibualkan.

”baik awak dengan Zack tu..macam dah lama kenal” Fariz memecah sunyi.

”masa bukan penentu perkenalan”

”ya tapi masa juga akan tentukan samaada seseorang itu sesuai dibuat kawan atau tak?”

”saya rasa masa itu dah cukup” bidas Ayuni tak mahu kalah.

”dah cukup untuk awak kenal lelaki yang mempunyai dua isteri dan empat orang anak macam Zack?” Ayuni menelan air liur. Hah? Dua isteri..dia cuba berlagak tenang.

”bukan masalahnya kalau sekadar nak berkawan”

”saya tak cakap pun masalah..tapi tak tahulah pula kalau memang awak mengejar lelaki macam tu..Yalah kaya, banyak duit..kalau setakat membeli belah di Paris atau London tak jadi masalah bagi dia” kata Fariz kasar. Ayuni geram.

“apa kaitannya dengan kau kalau aku nak jual diri ke nak buat apa ke?” suaranya mula meninggi.

“sebab aku abang kau” mereka kembali ber’aku dan kau. Intonasi suara juga sudah berubah.

“aku tak ada abang, kau jangan nak perasan kau tu Cuma anak angkat...berhentiiiiii!!!!!!” jeritnya kuat membuatkan Fariz menekan Brek mengejut.

”Ayuni?” ayuni tidak mempedulikan panggilan Fariz..dia membuka pintu kereta BMW series itu lalu keluar. Kalau lagi lama dia bersama lelaki itu boleh meletop kereta mewahnya dikerjakan. Suhu kemarahanya sudah sampai ke tahap tinggi.

”Ayuni..kau nak kemana?” tanya Fariz sambil mengikut langkah wanita itu dengan kereta. Kereta bergerak perlahan.

”Nur Ayuni Balqis!!” Ayuni tidak mempedulikan panggilannya langkahnya sudah bertukar menjadi larian. Fariz mengejar dari belakang. Sempat dia menarik lengan dan membuat wanita itu berpaling.

”kau ni kenapa?” suara Fariz mulai tinggi. Panas hatinya kerana terpaksa mengejar wanita itu.

“aku benci kau dengan keluarga kau”

“keluarga aku adalah keluarga kau, jangan lupa semua tu” Fariz menginagtkan Ayuni sekali lagi.

“kau dengan keluarga kau boleh pergi mati” Ayuni menarik kasar lengannya yang masih dipegang Fariz. Dia menahan teksi yang kebetulan lalu di situ dan terus meninggalkan Fariz termanggu di tepi jalan. Hatinya sakit tak pernah dia semarah ini.

’selama ni keluarga kau rampas kebahagiaan aku...aku tak akan biarkan kau memijak maruah aku sesuka hati... tidak kau akan menyesal’ bisik hatinya . tiba-tiba ada mutiara jernih mengalir jatuh ke pipi. Dunianya terasa sunyi tiba-tiba.

“cik nak kemana?”

“Taman damai pak cik” wajah Noraina terbayang. Satu-satunya insan yang memahami penderitaannya. Rasa rindu tiba-tiba membuak-buak.

‘ibu...tolong Ayuni ibu....Ayuni sedih’....

****

“apa hal kau nak jumpa aku ni?” Adam mengambil tempat bertentangan dengan Fariz. lelaki itu nampak kusut.

“weiii..Fariz??”

“tak ada apa saja nak belanja kau minum” ada nada sayu di hujung ayatnya.

“haiii lain macam bunyinya tu..kalau bukan sebab bulan jatuh ke riba tak akan sebab kucing tumbuh tanduk kot?...kau ni kenapa ni macam ada masalah aku tengok?”

“entahlah tetiba aku rasa bersalah pada seseorang”

“hah!!rasa bersalah?? Betul ke ko ni Fariz Iskandar?” Adam meletakkan telapak tangannya di dahi Fariz “kau demam ke?” tanyanya lagi.

“aku oklah”

“kau serba salah dengan siapa ni?” adam mula serius. Dia dapat merasakan yang Fariz serius kali ini. Bukan lagi gurauan.

“aku pun tak tahu tapi apa yang pasti aku rasa aku macam dah buat satu kesalahan besar tapi taklah besar manapun” satu persatu peristiwa yang berlaku lewat petang tadi diceritakan kepada adam.

“What?? Kau pancitkan tayar dia?”

“habis tak akan aku nak biarkan mamat gatal tu bawa pekerja aku suka hati dia”

“habis tu Ayuni tahu ke kau punya kerja tu?” Fariz menggeleng perlahan.

“entah-entah kau ada hati dengan...”

“hishhh kau ni...aku rasa bersalah sebab tersalah cakaplah bukan sebab lain jangan nak buat andaian tak betul”

“emmm...bukan andaian Cuma bertanya...apa susah kau minta maaf esok dengan dia habis cerita” cadangan adam membuatkan Fariz mencebik.

“kenapa pulak aku kena minta maaf dengan dia? Sepatutnua dia yang berterima kasih dengan aku sebab selamatkan dia”

“pulak macam tu bila pulak kau selamatkan dia?”

“yalah daripada jadi mangsa si zack tu...kau bukan tak kenal dia”

“masalahnya Riz kau kena ingat yang bukan salah dia tahu tak...dan tak ada sebab kau nak buat macam tu, kalau aku dekat tempat ayuni dah lama mulut kau tu aku tampar tau”

“nasib baik bukan kau dekat tempat dia..” Fariz tersenyum.

“oklah aku nak balik” fariz bangun dari kerusinya. Air di atas meja langsung tak di sentuh.

“haiii tadi kata nak belanja minum? Ni nak balik pulak”

“kau minum air aku tu je lepas tu kau bayar..ok aku pergi dulu..” Adam mengaru belakang telinganya. Last-last aku juga yang kena. Dia meletakkan duit RM10 di atas meja lalu berlari mendapatkan Fariz yang tidak jauh.

Monday, November 16, 2009

KERANA KAU 15


Kerana kau 15

“Macamana?” adam duduk di depannya sambil memandang tepat wajah yang sentiasa serius sejak akhir-akhir ini.

Fariz mengeleng perlahan. Dia sendiri tak tahu macamana nak mengambarkan situasi di rumahnya sekarang. Keluarga Datuk Mansur bukan lagi seperti dulu. Dia boleh nampak betapa sendunya wajah mama yang terpaksa menahan perangai pelik anak tirinya barunya itu. Apa yang menjadi masalahnya mama hanya diam walau apapun yang dilakukan ayuni. Itu yang bermain di fikirannya.

“entah aku rasa mungkin ada rahsia lagi di sebalik cerita mereka”

Dahi adam berkerut. “maksud kau?” tanya adam kembali. Dia kemabali memandang ke arah Fariz yang kusut.

“aku rasa macam dia yang berkuasa dalam rumah tu bukan lagi papa, mama lagilah apa dia cakap semua betul”

“Ayuni macamana?”

“emmm makin menjadi aku tengok dia. Semalam bertengkar lagi dengan Aleyya dan aku rasa dia sengaja buat semua tu” Adam mengangguk setuju. Bukan dia tak tahu semuanya dilaporkan oleh aleyya Cuma dia ingin mendengar cerita dari sebelah pihak lain.

“emmm lupakanlah pasal dia, hahh macamana siasatan projek melati tu?”

“aku rasa ada kaitan dengan Encik karim...sebab apa saja akaun yang dia lepaskan mesti ada masalah” duga adam. Itulah yang bermain di fikirannya sejak seminggu lalu. Sejak itu dia memerhatikan gelagat Encik karim dan seperti ada yang tak kena.

Fariz mengeluh perlahan “ kalau dialah yang terlibat memang masalah besar Neraca Holding simpan dia, mana kau tahu ada yang tak kena dengan akaun syarikat?” Fariz bersuara lagi.

“kalau aku cakap kau mesti tak percaya”

“kenapa?” Fariz kelihatan tak sabar. “aku dapat satu surat yang suruh aku tengok balik akaun syarikat 5 tahun ni..memamng pada mulanya aku macam tak ambik tahu tapi bila aku dapat surat tu buat kali kedua aku dah rasa macam ada tak kena” Fariz terdiam lama. cuba menganalisa apa yang dikatakan Fariz.

“siapa yang bagi surat tu dekat kau?”

“entah aku pun tak tahu? Tapikan Riz aku rasa dia mesti tahu selok belok Neraca Holding, kalau tak macam mana dia boleh tahu no. Siri bilik aku kecuali dia pun....”

“yes!!! Kecuali diapun ada kaitan dengan Neraca Holding”

“mungkin juga orang penting syarikat” duga Adam lagi membalas tekaan Fariz.

“tapi apa motif dia?” fariz bertanya bodoh. “itu kita kena siasat lagi kalau Encik karim terlibat aku rasa mesti ada dalang disebalik semua ni, tak mungkin dia mampu buat semua ni sendiri. Aku yakin dia hanya kuli” adam persis membongkarkan satu kes pembunuhan, tiada riak gurauan di wajah mereka. Kali ini mereka serius.

“pening aku adam..Neraca tak pernah ada masalah macam ni sebelum ni, dan aku rasa kita kena bertindak cepat”

“tak apa kita kena atur dulu strategi macamana nak pastikan Si karim tu masuk dalam perangkap” mereka sama-sama mengangguk faham.

***

“heeeiii kau sengaja cari pasal dengan akukan? Mana dia pulangkan balik?”

“apa yang kau menyalak macam anjing ni?” Marah Ayuni. Sengaja membakar hati Aleyya yang sudah kemerahan menahan marah.

“apa yang bising sangat ni?”

“mama tengoklah dia pakai baju Leyya”

“Leyya apa yang nak bising sangat...baju lain kan banyak”

“tapi papa beli baju tu untuk Leyya, Leyya pun sayang nak pakai” jelasnya lagi,

“leyya tak apalah lagipun Kak Ayuni pinjam sekejap je” pujuk Datin Normah persis memujuk anak yang baru berusia 5 tahun. Namun hakikatnya dia sendiri faham perangai anak bongsunya itu.

Ayuni tersenyum kemengan di tangannya sekali lagi Datin Normah meninggalkan rasa tak puas hati pada anak perempuan kesayangannya.

“itu pasu kesayangan Datin...hadiahnya dari datuk” petah Bibik bercerita tentang majikannya. Ayuni mencebik

“cantik juga pasu ni” Ayuni merapati pasu kaca yang terletak cantik di meja sudut berhadapan dengan sebuah cermin besar.

“ibu bilang harganya berpuluh ribu” jelas Bibik lagi. Tangannya terus mengelap meja.

Ayuni tersenyum. Cantik. Dia memerhatikan pasu yang begitu hampir dengannya. Dia memandang ke kiri dan ke kanan. Peraggggggghh...kaca berderai ke lantai. Bibik berlari mendapatkan Ayuni. Dia terkedu. Ayuni menayang wajah bersalah.

“bibik Ayuni tak sengaja”

“aduhhhh bagaimana ni...bisa dimarahi ni”

“kenapa bibik?” satu suara bertanya risau. Bulat mata Datin Normah apabila melihat pasu kesayangannya sudah hilang rupa.

Ayuni tersenyum, mengingatkan peristiwa pagi tadi membuatkan hatinya senang . terbayang wajah sayu perempuan itu membiarkan pasunya mencium lantai. Dia terus berjalan berdekatan Kolam renang yang menjadi tempatnya sejak dua hari lalu. Sejak peristiwa 300 ribu dia tidak lagi ke Neraca Holding.

Sepanjang dia berada di mahligai indah Datuk mansur, tidak pernah sekalipun wajahnya terlukis senyuman. Hidupnya kosong langsung tidak menempatkan apa-apa perasaan di hatinya. Apa yang ada Cuma rasa ingin menag setiap kali beradu nilai kasih antara insan dalam rumah ini. tangannya memetik air kolam yang jernih. Rindunya aku.. tapi pada siapa?

“jangan termenung?” Adam duduk di kerusi rehat. Ayuni hanya memandang sekilas. Sejak rahsia identitinya terbongkar dia tidak lagi Ayuni yang mudah berbual mesra.“kenapa sunyi?” tanya lelaki itu lagi. Hanya Adam yang rajin memulakan kata dengannya yang lain hanya sepi. Mungkin takut atau yang pastinya mereka benci dengan kehadiran dia di sini.

“sunyi?” ketawa kecil Ayuni kedengaran. “sunyi tiada dalam kamus hidup saya, kalaupun sunyi itu ada mungkin saya sendiri dah tak tahu macamana rasanya”

“kenapa awak mesti menjauhkan diri dari keluarga awak?” teka Adam. Lama dia ingin bertanya soalan itu kepada Ayuni, walaupun sudah hampir semua cerita didengar dari Aleyya.

“saya tak ada keluarga dan tak mungkin ada”

Ayuni bangun dari duduknya. Untuk berdepan dengan lelaki ini tak mungkin akan menyelesaikan masalah. Setiap pertanyaan akan menambahkan sesak nafasnya. Membuatkan hati bertambah sakit. Teringat permintaan datuk Mansur semalam yang ingin dia kembali ke pejabat. Dari semalam lagi otaknya lgat berfikir cadangan lelaki itu. Lelaki yang menyebabkan dia lahir ke dunia dengan satu kesakitan, kesepian dengan dendam.

“tapi awak ke sini kerana mereka keluarga awakkan?” soalan itu membuatkan langkahnya terhenti. Dia berpaling, kelihatan ada senyuman di bibir lelaki itu.

“saya datang ke sini bukan sebab keluarga tapi sebab hutang yang sepatutnya dijelaskan 20 tahun dulu” keras nada ayatnya. Cukup membuatkan senyuman Adam kaku. Matanya tajam menikam wajah adam, kalau adam sebahagian dari keluarga ini maka adam juga sebahagian dari kebenciannya.

“apa maksud awak?”

Ayuni senyum sinis “itu bukan urusan awak” putusnya. Dia terus melangkah meninggalkan adam dalam persoalan.

Ayuni melintasi ruang makan, kelihatan Datin Normah sedang membantu Bibik mengemas meja makan. Sempat matanya menjeling ke arah wanita itu. Sengaja langkahnya diperlahankan, meneliti gerak geri wanita berbaju merah itu.

Datin Normah dapat merasakan makna renungan anak barunya itu.“ayuni nak makan?” lembut suara itu bertanya.

“tak payah kalau aku nak aku ambik sendiri” Katanya keras.Dia terus berlalu.

Bibik memandang wajah sayu Datin Normah, dia pelik melihat anak baru majikannya itu kasar terlalu suka menyakitkan hati Datin sekeluarga, tapi bila mereka berdua, baik pulak lagaknya. Adakah Ayuni berlakon semata-mata? Keras sangatkah hatinya.

“sabar aja ya Datin, saya rasa ayuni baik sekali budaknya cuma...”

“emmm tak apa bibik jangan risau saya sayang dia” ucapnya perlahan sambil meneruskan kerja. Sayang?? Ya memang itulah perasaannya, dia seorang ibu, dia tahu Ayuni dahagakan kasih sayang seorang ibu.

***

Fariz membuka butang bajunya, terasa rimas dalam jam ini terpaksa mengenakan pakaian formal. Tali leher dibiarkan tersangkut tapi sudah dilonggarkan. Dia duduk di sofa sambil melepaskan keluhan berat. Sekarang ni banyak masalah yang dihadapi neraca holding. Malas masalah dalaman juga menyebabkan ada antara klien yang lari ke syarikat lain. Tapi semuanya masih berjalan lancar. Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi esakan dari arah dapur. Pelik.

“mama kenapa mama menangis ni?”

Pantas airmata yang mengalir disapu dengan hujung baju. “ehh mana ada mama menangis” ada nada sendu di hujung kata-katanya,

“kenapa mama menangis?” sekali lagi soalan yang sama diajukan

“bila Riz balik mama tak perasanpun bunyi kereta?” Datin Normah cuba mengubah topik mereka.

Fariz mengigit bibir geram, yakin tiada siapa si rumah kecuali...“ini mesti kerja perempuan tu, memang nak kena” kaki Fariz melangkah laju meninggalkan mamanya di dapur.

Kakinya berhenti di depan pintu bilik tamu. Tali leher dirukai kasar, dibiarkan longgar seakan ingin melepaskan marah yang bersarang di hati. Pintu itu diketuk kuat macam nak tercabut.

“weiii apahal masuk bilik orang ni?” marah ayuni. Ketika itu dia baru saja keluar dari bilik air. Dia cuba menahan rasa terkejutnya.

“apahal kau kata? Apa yang kau buat dekat mama aku?” tanyanya kuat.

Ayuni selamba. Wajah bengis Fariz dipandang dengan ekor mata. Entah apa yang merasuk lelaki itu tak pernah sejak dia tinggal di sini lelaki itu membuka mulut tapi hari ni nak memekik-mekik macam orang gila. Dia duduk bersandar di sofa yang terletak di hujung biliknya.

“apa masalah kau sebenarnya?”

“apa masalah kau sebenarnya?” giliran ayuni pula meninggikan suara. Mata mereka bertentangan. Fariz menahan geram wajah tak bersalah ayuni menambahkan rasa marahnya.

“apa yang kau dah cakap dengan mama?”

“cakap apa?”

“jangan nak buat tak tahu, kalau kau tak buat apa-apa kenapa mama menangis?” soal Fariz lagi, mukanya tegang menahan marah. Kehadiran Fariz tidak dihiraukan.

“kau jangan sampai aku terpaksa bercakap dengan tangan” Fariz mencengkam kuat tangan ayuni namun wanita itu tetap berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

“sakitlah!!!ehhh apa ni lepaslah” dia cuba menarik tangannya tapi pegangan itu semakin kuat. Dia masih menahan sakit.

“apa kau buat dekat mama aku?” tekingan kuat Fariz membuatkan Ayuni sedikit terkejut. Dia masih berusaha menarik tangannya. “hahhh mama kau kan pergilah tangan dia sendiri apa kaitannya dengan aku” suara Ayuni turut meninggi.

“kurang ajar punya perempuan” pang!!! Tangan Fariz singgah di pipi mulus ayuni. Kedua mereka terdiam.

“Ya Allah Riz apa ni..” Datin Normah sudah menarik Fariz menjauhi ayuni. Wanita itu masih tunduk. Ayuni meraba pipinya, bibirnya terasa senggal, hah darah?!.

Fariz memandang tepat ke arah Ayuni, ada sedikit kesal lahir tiba-tiba melihat wajah sayu Ayuni. Bukan lagi wajah tak berperasaan yang selalu terhias di wajah wanita itu sebelum ini. wajah keruh ayuni dipandang lama.

“apa dah berlaku ni Fariz, Ya Allah Ayuni tak apa-apa?” Datin Normah cuba menyentuh tangan ayuni, pantas tangan itu ditepis. “baik kau bawa anak kau ni keluar, berambus aku cakap..berambus..” pekikkan kuat ayuni bergema di ruangan bilik.

“Ayuni..aku...” Fariz cuba bersuara.

“keluar!!!!” sekali lagi dia menjerit kuat. Datin Normah menarik tangan anaknya laju keluar dari bilik ayuni. Sebalik sahaja mereka keluar pintu ditutup kuat.

***

“ayuni makan sekali..” Datuk Mansur tersenyum bahagia melihat anaknya turun pagi ini.

“tak apalah tak lapar lagi..” balasnya sambil takpun memandang ke arah mereka yang ada di ruang makan. Fariz memandang sekilas tubuh ayuni yang membelakangi mereka.

Datuk Mansur tetap tersenyum, tahu sangat jawapan yang akan keluar dari mulut anaknya itu, ya anak yang tak pernah memanggilnya papa, ayah atau apa juga panggilan yang melambangkan ikatan mereka. “ Ayuni kenapa bibir tu?” ada kelainan pada wajah indah milik anaknya.

“ayuni papa tanya ni?” Datuk Mansur menegaskan persoalannya, dia bangun dari tempat duduknya mendekati ayuni. Datin Normah berpaling kepada Fariz yang menunduk, aleyya yang tak tahu apa-apa masih meneruskan minum paginya. Apa saja hal yang berkaitan dengan perempuan itu bukan urusannya.

“tak ada apa-apa” jawabnya malas. “habis kenapa bibir ni boleh luka macam ni sekali?”

“emmm jangan kata jatuh dari tangga sudah” sampuk Aleyya, sengaja suaranya dikuatkan. Datin Normah menampar perlahan bahu anaknya memberi arahan supaya dia tak ikut campur.

“Ayuni cakap dengan papa, kenapa ayuni boleh luka macam ni?” datuk Mansur meneliti luka di bibir anaknya. Macam kesan kena tampar. Tapi...

“tak ada apa-apalah, sakit ni sikit kalau nak dibandingkan sakit dekat sini” jarinya diarahkan ke arah dada. Datuk mansur tunduk, faham apa yang cuba disampaikan Ayuni. Tak habis lagikah rasa hati anaknya itu.

Fariz memandang mata mamanya, hanya mereka yang tahu apa berlaku semalam, kenapa ayuni tak ceritakan pada papa yang semua itu disebabkan dia?. Kenapa Ayuni hari ini mendiamkan diri bukankah memang itu yang dia nak selama ini?. tiba-tiba dia diburu rasa bersalah.

“kenapa ni ayuni, cuba cakap dengan papa” pujuk Datuk Mansur lagi.

Ayuni melangkah laju meninggalkan ruang itu. Dadanya terasa sesak. Lagi lama dia disitu semakin dia terhimpit dengan satu perasaan yang dia sendiri tak tahu.

***

“apa hal kau nak jumpa aku ni?” adam mengambil tempat bertentangan dengan Fariz. lelaki itu nampak kusut.

“weiii..Fariz??”

“tak ada apa saja nak belanja kau minum” ada nada sayu di hujung ayatnya.

“haiii lain macam bunyinya tu..kalau bukan sebab bulan jatuh ke riba tak akan sebab kucing tumbuh tanduk kot?...kau ni kenapa ni macam ada masalah aku tengok?”

“entahlah tetiba aku rasa bersalah pada seseorang”

“hah!!rasa bersalah?? Betul ke kau ni Fariz Iskandar?” Adam meletakkan telapak tangannya di dahi Fariz “kau demam ke?” tanyanya lagi.

“aku oklah”

“kau serba salah dengan siapa ni?” adam mula serius. Dia dapat merasakan yang Fariz serius kali ini. Bukan lagi gurauan.

“aku pun tak tahu tapi apa yang pasti aku rasa aku macam dah buat satu kesalahan besar tapi taklah besar manapun” satu persatu peristiwa yang berlaku malam tadi diceritakan kepada adam.

“What?? Kau tampar dia?”

“habis tak akan aku nak biarkan dia buat mama aku macam tu”

“habis tu Ayuni macamana?” Fariz menggeleng perlahan.

“ke kau ada hati dengan dia?” duga Adam. Tiba-tiba hatinya bertanya sendiri.

“hishhh kau ni...aku rasa bersalah sebab tersalah cakaplah bukan sebab lain jangan nak buat andaian tak betul, tapi aku rasa memang patut aku tampar dia”

“emmm...bukan andaian Cuma bertanya...apa susah kau minta maaf esok dengan dia habis cerita, ingat Riz kekerasan tak boleh selesaikan masalah” cadangan adam membuatkan Fariz mencebik.

“kenapa pulak aku kena minta maaf dengan dia? Sepatutnua dia yang berterima kasih dengan mama aku”

“pulak macam tu, mama kau tak ada pun tampar dia?yang kau pulak lebih-lebih kenapa?” tanya adam lagi tak setuju dengan perbuatan Fariz. Terbayang wajah mulus Ayuni yang kemerahan akibat penangan temannya itu.

“aku rasa ada lagi rahsia yang tak mama simpan, sampai dia menitis airmata. Aku tak pernah tengok mama aku menangis dari aku kecik sampailah sekarang ni, tapi malam tadi dia menangis, hati siapa tang hangin masa tu”

“papa kau ada?”

“nasib baik papa aku tak ada kalau ada aku juga yang kena, papa aku sayang sangat budak tu”

“anak dia Riz mestilah dia sayang” Fariz tersentak. Kata-kata Adam membuatkan dia berpaling pada teman baiknya itu

Ya Ayuni anak papa, dia ada haka ke atas papa tapi dia tak ada hak ke atas mama. Aku tak akan biarkan sesiapa sakiti hati wanita yang dan menjaga aku dengan penuh kasih sayang. Tidak sama sekali.

“oklah aku nak balik” fariz bangun dari kerusinya. Air di atas meja langsung tak di sentuh.

“haiii tadi kata nak belanja minum? Ni nak balik pulak”

“kau minum air aku tu je lepas tu kau bayar..ok aku pergi dulu..” Adam mengaru belakang telinganya. Last-last aku juga yang kena. Dia meletakkan duit RM10 di atas meja lalu berlari mendapatkan Fariz yang tidak jauh.

Tuesday, November 3, 2009

Disana Mawar disini penawar


Suasana hospital riuh rendah, para wartawan berkumpul ingin mendapatkan cerita panas yang selama ini menjadi tanda tanya yang tak jelas. Jutawan muda kemalangan dan cedera parah. Mungkin akan lumpuh.

“Cik Qistina macamana dengan Hakeem? Apa sebenarnya keadaannya?”

“emmm maaf saya tak boleh jawab soalan tu, kita kena tunggu jawapan doktor pakar”

“tapi kami dapat tahu dia akan lumpuh seumur hidup?..adakah Cik Qistina akan teruskan perkahwinan yang dah dirancang?”

Qistina terhenti memandang ke arah wartawan yang mengajukan soalan itu kepadanya. Otaknya ligat berfikir? Mahukan di pada orang yang akan cacat? Mahukah dia nanti menolak kerusi roda hakeem seumur hidup?. Matanya dipejamkan. Cuba menolak apa yang bermain di mindanya. Padan ke model terkenal sepertinya bersanding dengan orang yang berkerusi roda?

Hakeem menjeling tajam. Wajah wanita pujaannya dipandang lama, kenapa Qistina dari semalam mendesaknya untuk membuat apa yang tak sepatutnya dilakukan? Kenapa?!!

“sudah aku tak nak jumpa sesiapapun korang semua ni pekak ke?”

“tapi Hakeem you must to...semua wartawan nak jumpa you sayang.. mereka nak tahu apa yang berlaku pada you”

“You nak I bagi tahu apa dekat diorang? You nak I cakap yang I tak akan boleh berjalan lagi? I akan lumpuh seumur hidup macam tu?”

Qistina merengus kasar, bosan mendengar rungutan Hakeem. Baru lumpuh belum mati lagi!! Ingin saja dia menjerit melontarkan apa yang terbuku di hatinya. Hakeem menatap wajah Qistina yang langsung tak ingin menyentuhnya. Jijikkah dia ketika ini dengan tubuh yang penuh luka di sana sini.

Doktor Firdaus mencatat sesuatu dalam dalam rekod catatannya, sambil matanya menjeling ke arah Irahazla. Wanita itu nampak sungguh teliti membersihkan luka Pak mat menghuni Wad 43 sejak seminggu lalu.

“pak Mat jangan banyak bergerak, nanti luka ni lagi teruk”

“baiklah sayang” gurau Pak Mat lantas mereka sama-sama tersenyum. Dahi Dr. Firdaus berkerut. Ehh orang tua ni main sayang-sayang pulak.

“omboiii Pak Mat nak ada niat nak tambah cawangan lagi ke?”

“ehhh tak adalah doktor tapi kalau yang tuan badan nak, dataran merdeka saya sediakan” sekali lagi dia ketawa. Irahazla hanya tersenyum.

Mereka berjalan seiringan meninggalkan wad itu. Irah berjalan perlahan mengikut langkah Dr.firdaus. dia mengantikan tempat Aina yang memang merupakan pembantu Dr. Firdaus. Tapi hari ni Aina MC jadi dialah sebagai ganti.

“awak tak teringin nak tengok jutawan muda yang popular tu ke?”

“hishhh nak buat apa?”

“haiii saya dengar bergilir-gilir kumpulan awak nak masuk bilik VVIP tu, sampai rasanya satu hospital ni penuh dengan wartawan”

“ya...saya tak tahu pulak..Dr dah pergi ke?”

“mungkin sikit masa lagi dia akan menjadi pesakit saya, mungkin bila dia disahkan akan lumpuh?

“lumpuh??!!!!” ada riak terkejut pada wajah wanita itu.

“haiii tadi macam tak berminat awak ni, sekarang dah terkejut pulak” Irahazla tunduk. Nampak sangatkah reaksinya?..”betul ke dia akan lumpuh Doktor?” sekali lag dia bertanya perlahan, mungkin inginkan juga jawapan.

“mungkin tapi kita kena tunggu jawapan dari pakar, kalau awak nak tengokpun apa salahnya, mesti dia akan sembuh kena tangan ajaib awak tu, macam Pak Mat”

“hishhh tak apalah Doktor, nanti marah pulak kekasih hati dia yang cantik tu”

“cantik ke?? Bagi saya awak lagi cantik” Dr.Firdaus berkata ikhlas. Sejak dia ditugaskan di hospital ini, wajah inilah yang membatkan dia tak lena tidur.

“itu bagi doktor...” ada sayu dari jawapan itu. “ oklah doktor saya nak balik..” pinta Irah. Nanti apa pulak kata orang kalau dia asyik berkepit dengan Doktor muda tu je.

“macamana dengan date kita?” tanya Dr. Firdaus laju.

“lain kali” sempat dia membalas tanpa menoleh ke belakang. Dr.firdaus tersenyum.

****

“Ira...janganlah makan buah tu, hakeem nak juga”

“ada Ira kisah?” kulit rambutan itu dicampak ke arah Hakeem yang masih menyangkan muka tak puas hati.

“mentang-mentanglah Ira yang panjat, belagak pulak ek” rambut wanita itu ditarik perlahan.

“aduhhh sakitlah...ala tengok kakilah”

Hakeem pantas menarik kaki wanita di tepinya. Dia menelek lama kaki putih bersih milik wanita itu,
“weiii...gila ke jatuh kang, siapa nak jawab tak ada orang plak nak pinang Ira nanti”

“laaa tadi suruh tengok kaki, biasa je kaki kurap busuk...” bulat mata Irahizla mendengar ucapan lelaki itu. Sejak kecik sampai besar menyusahkan orang.

“kurang asam jawa punya budak” biji rambutan dibalik. Betul-betul kena kepala Hakeem

“ooiiiiittt sakitlah, nak bunuh orang ke? Kalau Hakeem mati siapa nak pinang Irah nanti?” jeritnya sambil membalik biji rambutan yang dikeluarkan sari mulutnya.

“dari kecik kata nak pinang orang tapi sampai sekarang tak juga hantar rombongan” rungut Irah sambil mulutnya penuh dengan buah rambutan.

“tunggulah Hakeem kaya dulu, lepas tu jangan katakan meminang satu JB ni Hakeem beli untuk Siti Irahazla”

“betul??”

“betul....tuan puteri..” mereka tertawa lagi.

Irah tersentak apabila mendengar bunyi ketukan pintu. Biliknya dibuka perlahan. Lenyap kenangan lalu kini terakam wajah Aina yang merenung ke arahnya. Dia tahu apa yang nak disampaikan oleh Aina. Dia sendiri adalah orang yang mendapat berita itu terlebih dulu.

“kau tahu tak?”

“tahu apa?”

“hakeem....”

“kenapa?” sengaja bertanya sesuatu yang dah ada dalam mindannya.

“dia sekarang ada dekat hospital kita tahu tak... kemalangan teruk, tapi tak apa-apalah Cuma aku dengar dia akan lumpuh” Irah tersenyum.

“habis apa masalahnya? Diakan ada ramai orang yang dia sayang lagipun dia banyak duit Aina” ucap Irahazla lembut.

Aina terdiam. Itukah jawapan yang akan didengarnya? Matanya meneliti sepenuhnya wajah Irah nampak ikhlas tapi hati tak siapa yang tahu. Bukan dia tak tahu kisah percintaan teman baiknya itu. Malah sejak mengenali Irahazla nama Hakeem sentiasa meniti di bibirnya dulu.

“kau ok?”

“kenapa pulak aku tak ok?”

Irah terus melangkah meninggalkan temannya dala tanda tanya. Biarlah dia terus dengan menjawab sendiri persoalan yang bermain dalam hati. Bukan tugas dia untuk menjawab segalanya.

****

“sampai bila You nak macam ni hakeem? Mama and papa I dah tanya tahu tak?”

“habis you nak macamana?”

“kenapa you tak nak jumpa pakar? you nak terus macam ni sampai bila?”

“sampai I betul-betul bersedia”

“habis weeding kita macamana?” tanya Qistina kasar. Dia berdiri jauh dari Hakeem

“kita kawinlah, lagipun you sendiri cakap semuanya you sanggup dengan I, so apa masalahnya?”
Qistina terdiam. Memang dia pernah berkata itu. Tapi tu dulu masa hakeem masih seorang lelaki yang disergani masih seorang lelaki pujaan semua gadis. Dan dia juga gilakan hakeem ketika itu.

“kenapa you diam? Ke you sendiri dah jijik dengan I? Jijik ada suami yang akan duduk atas kerusi roda bodoh ni seumur hidup?”

“but wartawan semua dah tahu pasal perkahwinan kita”

“I tak tanya pasal wartawan but hati you, perasaan you sekarang pada I” Hakeem sudah meninggikan suara.

“sudahlah I ada temujanji dengan kawan I, kita bincang lain kali” Qistina mencapai beg tangannya dan berlalu pergi.

“shit!!!!” Hakeem menolak gelas di atas meja. Bertabur pecah ke lantai.

Juwita mengesat air matanya. Sakit hatinya ditengking dan diherdik macam kucing kurap. Ingat dia duduk dalam bilik VVIP boleh buat orang sesuka hati dia je. Nak marah orang macam aku tak ada perasaan.

“hahhh kau ni apa hal pulak?” Tanya Aina yang baru saja masuk ke bilik rehat bersama Irah.

“si jutawan tulah suka hati dia je nak marah aku, ingat aku ni kuli dia ke?”

“amboiii marah nampak...yang kau gatal sangat nak pergi ganti si rosnah tu buat apa?” Juwita tersentap. Tahu sangat dia dengan mulut berbisa Aina. Bukan boleh berunding.

“aku Cuma nak tengok aja macamana hensemnya, semua orang cakap pasal dia tu yang aku nak pergi tengok”

“hahhh baguslah kira kau dapat pakej lengkaplah dapat tengok muka dengan perangai sekali, dan jangan nak bazir airmata. Baik mari makan dengan kitorang ni”

Aina sempat menjeling ke arah Irah yang sudah khusyuk mengadap nasi bungkusnya. Dia buat tak dengar atau memang dah tak berminat nak dengar?. Aina meneka dalam hati. Dia tak ingin hati temannya disakiti lagi.

“Irah Dr.firdaus nak jumpa kau” Kak Rita masuk sambil menatang pinggan nasi gorengnya.

“hah?? Nak buat apa?”

“nak ajak kau kawin kot” tersembur tawa mereka yang ada disitu. Memang suka kenakan orang. Irah mencebik. Matanya sempat menjeling Aina yang tidak pun senyum. Dia tahu apa yang bermain di fikiran temannya tu.

Nampaknya dia tak ada pilihan lain, kerana tugas dia terpaksa. Kalau bukan nama dia yang dicadangkan Dr.firdaus tak mungkin dia akan masuk ke bilik ini. bergetar tangannya untuk memegang tombol pintu. Tapi dia perlu berlagak tenang. Dia sudah tiada dia sejarah kau Irah, tinggal sejarah...

“ehhh korang ni tak faham bahasa ke?? Aku tak suka makan......” kata-kata itu mati di situ. Wajah wanita itu terlayar di matanya. Irah??!!!

“maaf Encik Hakeem buat masa ni encik hakeem kena makan ubat ni.. “ tangan lelaki itu ditarik. Ubat kini berada di tapak tangannya.

“macamana Irah boleh ada dekat sini?”

“saya bertugas dekat sini?” uniform putih bersih dipandang.

“lepas makan ubat, Encik Hakeem boleh rehat sebab esok Doktor akan buat X-ray penuh” beritahunya tapi mata itu langsung tidak memandang ke arah hakeem. Bukan tak sanggup tapi untuk apa mata itu ditatap.

Pintu sudah ditutup. Namun Hakeem masih lagi membisu. Lama terdiam. Suara lembut Irah menerjah masuk ke ruang hatinya. Dia memejamkan matanya perlahan. Maafkan hakeem Irah...

“kenapa hakeem nak jumpa Irah dekat sini?” suasana restoran mewah itu membuatkan dia kelihatan ganjil dari yang lain. Dia tersenyum melihat Hakeem dalam kot yang serba mahal. Hensem.

“irah... hakeem ada sesuatu nak cakap?”

“Irah tahu hakeem nak belikan JB untuk Irah kan, emmm ingatkan Hakeem tak ingat dah janji Hakeem bila dah kaya raya macam ni”

“Irah.....dengar kata hakeem dulu” Irahizla tersenyum. dia memandang tepat ke arah lelaki yang segak itu. Bukan lagi hakeem yang duduk di bawah pokok rambutan dengannya.

“ haii...sayang sorry im late” seorang gadis cantik dalam dress hitam duduk di sebelah Hakeem. Senyuman manisnnya mati tiba-tiba.

“Irah ini....ini...”

“haiii Im Qistina bakal Isteri hakeem” Irah bangun. Tajam memandang ke arah hakeem yang tertunduk. Matanya beralih ke wanita yang memegang erat lengan Hakeem.

“hakeem nak kenakan Irah ek...hakeem jangan buat kelakar macam ni, nanti Irah nangis” mutiara jernih sudah menitis dipipinya. Masih cuba disembunyikan dengan senyuman yang entah macamana rupanya.

“Irah hakeem rasa kita....” kata-kata itu putus. Dia tak sangup melihat airmata wanita itu. Tapi cintanya sudah beralih. Tiada cinta lagi untuk siti Irahazla... “kita tetap kawan macam dulu..Hakeem sayangkan Irah tapi cinta....”

Irah tersenyum dalam tangisan. “dulu lagi Irah dah ingatkan hakeem jangan letak cinta Irah jauh dari hakeem kenapa hakeem biarkan dia hilang??kenapa?”

“Irah!!!!!” jerit hakeem dalam mimpinya. Dia mengosok perlahan wajah dengan tangan. Kenapa wanita itu datang kembali? . kenapa selepas 4 tahun. Kenapa selama ini dia seakan lupa akan nama itu.

Dr.firdaus duduk di tepi kolam memang itulah portnya setiap kali sebelum habis kerja. Nyaman dan kesegaran taman membuatkan dia lupa pada semua kesibukan dan kesesakan mindanya. Dia tersenyum menarik nafas perlahan. Dia diam ada sesuatu yang menarik pendengarannya. Suara tangisan.

“Irah apa awak buat dekat sini?”

“emmm tak ada apa..” jelas wanita itu mengesat sisa airmata dipipi. Cuba menyembunyikannya.

“Irah menangis?”

“ehh tak adalah..mana ada habuk masuk dalam mata tadi”

“kalau nak tipupun carilah alasan yang logik sikit” Dr.muda itu tersenyum. dia tak ingin lagi bertanya kerana dia pasti wanita itu tak akan bercerita.

“susahkah cintakan seseorang ni” hanya itu yang mampu terlahir, dia tersenyum. Dr.Firdaus seakan berfikir.

“emmm susah jika kita yang susahkan keadaan”

“maksudnya?”

“cinta ni luas Irah...kalau betul rasa cinta itu milik awak bebaskan je kalau dia dah ditakdir untuk awak apapun terjadi dia tetap aan datang balik kepada awak”

“mudahnya falsafah cinta Doktorkan”

“mudah...tapi saya akan pastikan cinta tak buat saya lupakan siapa diri saya” sekali lagi Dr muda itu tersenyum, turut mengundang senyuman manis Irahazla.
“nampaknya awak dah ada cinta”

“kenapa?” tanya Irah kembali.

“melepaslah saya” mereka sama-sama tertawa. Gurauan itu berjaya mengundang kembali senyuman di wajah Irah.

***

“kau sukakan aku macam ni?” sinis suara Hakeem . kalau selama ni setiap kali dia masuk ke bilik ini tiada satu suara pun yang lahir dari mulut lelaki itu. Tapi kali ni dia bersuara. Tapi suara yang meyakitkan.

“apa maksud Encik Hakeem?”

“kau mesti suka tengok aku sekarang padan muka aku kan, kau mesti bersyukur sebab tak bersama aku dulu kan” Irah memejamkan matanya. Cawan yang dipegang digenggam kuat. Ikutkan hatinya mahu saja dia menampar mulut itu. Tapi untuk apa?.

“emmm encik hakeem rehatlah..” tetap nada yang sama. Hakeem mengigit bibir geram.

“apa yang kau nak sebenar Siti Irahazla? Kalau kau nak ketawakan aku ketawalah sekarang....jangan buat macam ni pada aku..aku tak simpati kau!!” jerit Hakeem kali ini lebih kuat. Irah diam. Dia tetap mengemas majalah yang memang dah tersusun di atas meja dekat dekan katil. Dia sedar mata lelaki itu menikam tepat wajahnya.

“kenapa kau diam?” sekali lagi Hakeem bersuara tapi kali ini nadanya sudah berubah.

“ini tugas saya Encik Hakeem..dan saya ingatkan Encik hakeem kalau encik hakeem lupa, saya adalah budak comot yang bermain dengan Encik hakeem dari kecil, saya kawan yang menjadi tempat encik hakeem mengadu nasib, saya wanita yang encik hakeem beri harapan cinta, saya juga wanita yang melihat encik hakeem berdiri selama megah selama 25 tahun” Irah memandang tepat ke mata hazel milik lelaki itu. “saya orangnya dan untuk sekian kalinya saya nak encik hakeem hormat perasaan saya kalau bukanpun sebagai siapa saya sebelum ni tapi tolong hormat saya sebagai insan yang ikhlas nak membantu encik hakeem” mereka terdiam. Irah cuba menahan sesak nafasnya. Dia mencapai bekas ubat niatnya satu ingin keluar dari bilik ini.

“Irahazla..” panggil Hakeem..perlahan tapi cukup untuk membuatkan langkah itu berhenti.

“kalau Encik Hakeem tak suka, saya akan suruh Dr. Firdaus gantikan tempat saya dengan orang lain”

“Irah...maafkan hakeem.....hakeem takut..hakeem pengecut..hakeem lemah sekarang”

“kalau dulu hakeem boleh berdiri megah sampai berjaya sampai dimana hakeem sekarang kenapa sekarang hakeem selemah ini”

“tapi hakeem tak ada sesiapa sekarang”

“dulupun hakeem tak ada sesiapa, seorang diri” tegas Irah

“tapi dulu hakeem ada Irah..” terdengar satu tawa kecil. Pantas wajah wanita itu ditatap.

“sekarangpun Irah tetap ada...dan Irah nak hakeem yang dulu, hakeem yang boleh panjat pokok rambutan semata-mata untuk Irah, hakeem yang sanggup dikejar Pak Mail sebab Irah” Hakeem tertawa. Tiba-tiba kenangan itu bermain di fikirannya. Mereka tersenyum.

Hari ni ada satu semangat yang meresap masuk ke dalam tubuhnya, pagi-pagi lagi dia menolak kerusi rodanya sendiri, membersihkan diri. Dia yakin kali ini tiada yang dapat menahan usahanya untuk pulih kembali. Qistina!! 3 minggu wanita itu tidak melihatnya kemana dia sendiri tak tahu apa yang pasti setiap kali panggilannya tak dijawab.

“wah!! Bersemangat Encik Hakeem hari ni” puji Dr.Firdaus

“bolehlah doktor saya dah dapat apa yang saya cari”

“emmm nampaknya hebat apa yang Encik Hakeem dapat tu ek” sempat dr firdaus menjeling Irah yang kelihatan sibuk dengan tugasnya. Dia juga sedar mata Hakeem yang bersinar sebaik melihat jururawat kesayangannya itu.

“saya dah bersedia dengan apa pun rawatan, saya harap doktor tolong saya, saya nak pulih macam biasa”

“segalanya atas Encik Hakeem yang lain dengan IzinNya..saya hanya menjalakan tugas” hakeem tersenyum. Irah juga membalas senyuman itu.

6 bulan menjalani terapi Hakeem menunjukkan satu perkembangan yang baik. Dari berkerusi roda dia mampu berdiri, dari berdiri dia mampu bertongkat, dari bertongkat dia mula berjalan perlahan dan kini dia mampu tersenyum apabila dia mampu berjalan laju. Walaupun belum pulih sepenuhnya.

“tak sangka Irah betul-betul jadi jururawat yang merawat Hakeem” wanita itu tersenyum. teringat kata janjinya dulu. Masa tu mereka gembira dengan kejayaan Hakeem dalam SPM.

“sebab ini adalah cita-cita Irah dari kecik lagi”

“emmm mesti pak Mail tak percayakan anak dara yang panjat pokok dia dulu dah jadi nurse” ketawa mereka bersatu. Memang dia dah bertemu dengan Pak mail malah dia akan lebih tak percaya juga dia tahu hakeem meninggalkan Irah sebab perempuan lain. Irah tersenyum pahit.

“kenapa Irah?”

“hah?? Tak ada apalah”

“cantikkan taman ni.. tak sangka hospital secanggih ni ada taman cantik macam ni” puji hakeem.

“tak ramai yang tahu pasal taman ni.. hanya orang-orang tertentu” Irah tersenyum namun senyuman itu mati apabila melihat seseorang yang berjalan menuju kearah mereka.

“sayang kan sini rupanya you.. penat I cari saya jomcepat semua wartawan tunggu you tu” pantas tangan Hakeem ditarik.

“Irah hakeem pergi sekejap ek..” pinta Hakeem serba salah. Irah tersenyum lagi.

Hakeemnya bukan lagi seperti dulu. Hakeemnya dah lama hilang. Hilang semasa lafaz selamat tinggal di restoran mewah yang seolah memijak harga dirinya. Sekali lagi dia tersenyum. Irah memandang gelang tangan emas putih hadiah hakeem 10 tahun lalu. Lama dia bersamaku.

“jadi Encik hakeem dah betul-betul sembuh?”

“Ya..macam yang you all tengok sekarang”

“jadi macamana pulak dengan perkahwinan yang dirancang? Lagipun saya rasa Cik Qistina dah lama menunggu” Qistina tersenyum mendengar soalan itu. Dia mengeratkan pegangan di lengan hakeem.

“emmm...perkahwinan? perkahwinan siapa?”

“siapa lagi cik Qistina dengan Encik Hakeemlah” hakeem ketawa kecil. Qistina pelik.

“saya dan Cik Qistina kawan je..kawan rapat tak lebih dari itu” Qistina diam. Bulat matanya menikam wajah Hakeem yang bersahaja.

“jadi macamana cerita yang menyatakan yang Encik hakeem akan melamar seseorang?”

“itu betul...dan dalam sikit masa lagi you all akan tahu siapa dia” hakeem meninggalkan ruang legar hospital. Semua wartawan berbisik di antara satu sama lain. Ada mata yang memandang ke arah Qistina. Qistina geram.

“apa maksud you?

“apa?”

“habis selama ni apa maknanya I tunggu you? Siapa perempuan yang you katakan tu?” marah Qistina.

“you tunggu I atau duit I?” Qistina tersentak. Jelingannya mati.

“Qis..you tak ubah macam mawar yang selama ini I sangka cantik sampai I sanggup tinggalkan penawar demi untuk you. Tapi sekarang I dah sedar siapa sebenarnya lebih suci”

“tapi I sayangkan you Hakeem” ada airmata menitis di pipi wanita itu.

“I juga sayangkan you, ikhlas tapi dulu kini kasih I tiada lagi” Qistina ditinggalkan. Hakeem nekad.
Suasana restoran sunyi. Tiada seorangpun yang ada disitu. Irah pelik. Dia cuba mencari hakeem. Memang selama dua minggu ini dia cuba menghubungi lelaki itu tapi gagal. Kali ini dia sendiri mendaat undangan dari Hakeem. Dia lega.

“Cik Siti Irahazla” dia berpaling. Wajah kacak Hakeem menghiasi ruang mata. Dia tersenyum.

“Formalnya..” usiknya. “kenapa tak ada orang?”

“sebab hari ni hari kita berdua..” Irah tersenyum lagi.

“emmm..baguslah Irah ada sesuatu nak bagi dekat hakeem”

“emm...boleh tapi bagi hakeem cakap dulu..”

“ok..” Irah sudah dibawa ke satu sudut yang dihias dengan ratusan mawar merah. Cantik. Di tengah-tengahnya meja yang berhias cantik ada dua buah kerusi.

“hakeem apa ni??..”

“syhhhss...duduk kita minum dulu...” Irah mula rasa ada yang tak kena. Berita perpisahan hakeem dan Qistna juga sudah sampai ke telinganya.

“miss this is special for you” Irah terdiam. Perkataan di cawan dipandang lama. Matanya beralih ke arah Hakeem yang sudah duduk melutut di sebelahnya.

“sudikah Irah mengisi ruang di hati Hakeem semula” Irah tersenyum..airmatanya menitis laju.

Inilah impiannya yang diceritakan kepada hekeem dulu. Dilamar di taman bunga. Bahgia dikelilingi bunga segar persis puteri yang menunggu putera. Dan lelaki didepannya itu juga berjanji akan menunaikan impiannya. Kali ini hakeem menunaikan apa yang dikatakan. Terbayang hakeem yang berbaju lusuh dan berseluar pendek berada di depannya. Air mata bertambah laju.

“irah kenapa menangis?”

“hakeem Irah nak bagi ini”

Dahinya berkerut. Mengeluarkan kad berwarna ungu yang berhias cantik. Harum baunya.

Selamat pengatin baru;

‘FIRDAUS & IRAHAZLA’

Hakeem terduduk di situ. Tahu apa makna airmata irah sebentar tadi. Perlahan dia menatap kembali wajah wanita kesayangannya itu. Irah mengangguk perlahan.

Mengertilah kini siapa lebih suci
Sungguhku terkilan diatas kecurangan
Padamu kasih yang tak ada bandingan nilai
Tak akanku menyanyangi
Sesiapapun yang bertandang bagi aku itu semua bayang
Memadai seorang teman yang menerangi kegelapan
Keu bagiku wanita penyayang,

“sudahlah Encik Hakeem...biarkan dia bahagia” hakeem tersenyum. wajah wanita disebelahnya dikilas.

“awak kenal saya?” tanya Hakeem.

“Cinta Irah buat saya kenal Encik hakeem.. kalau betul itu namanya cinta bebaskan dia” Aina tersenyum. dia melangkah ke pelamin indah yang menempatkan sahabatnya. Tersenyum.

Hakeem tersenyum. kerana itu cinta aku bebaskan kau Siti Irahazla. Dia tersenyum apabila matanya bertentangan mata lelaki yang berjaya menawan hati wanita kesayangannya.

“saya yakin Dr.firdaus akan bahagiakan dia” Dr.firdaus mengangguk perlahan. Tangan mereka bertaut lama. Mereka tersenyum.

Thursday, October 22, 2009

GILA KAU 37


Gila kau 37

“macamana Akif?” shahrul terus bertanya kepada temannya. Tak sangka Akif bertugas di sini, lama mereka tak berjumpa. Akif abang Nazirah. Wanita yang selama ini terpahat dalam hatinya. Tapi Allah lebih sayang akan wanita itu.

“ dia dalam keadaan stabil, nasib baik kau cepat bawa dia ke sini. Suhu badannya memang tinggi, tapi sekarang dah tak ada apa-apa. Jangan risau” Aif tersenyum.

“Alhamdulillah...” Shahrul meraut wajahnya.

“emmm mak cik pun dah tertidur tu, aku rasa baik kau rehat dulu.”

“thanks Akif...”

“emmm... boleh aku tanya sesuatu?”

“hahhh sejak bila nak tanya aku kena minta kebenaran?”

“siapa perempuan tu?” tanya Akif perlahan. Sahrul diam, tak ada jawapan untuk pertanyaan itu. Siapa Intan?

“mungkin seseorang yang dah membuatkan hati kau terbuka..aku sentiasa doakan kau bahagia dan aku yakin arwah Nazirah juga akan bahagia kalau kau bahagia” Akif menjawab sendiri persoalannya. Dia tahu apa yang bermain di fikiran lelaki itu. Shahrul memang lelaki yang baik dia sendiri bersyukur adiknya mencintai lelaki itu. Tapi jodoh mereka tak panjang.

“Nazirah tetap dalam hati aku Kif..”

“aku tahu..tapi berikan ruang dalam hati kau untuk orang lain, kau simpan Nazirah jauh dalam hati tu..” Akif tersenyum..

“kau memang doktor..” Shahrul tersenyum. Dalam maksud kata-kata Akif. “kau macamana sekarang dah berapa orang anak?”

“emmm on the way 3” bulat mata shahrul.

“mak aiiiikkk hebat tu... kenapa aku tak tahu pun”

“sebab kau tak nak ambil tahu, nanti kalau kau senang datanglah rumah” shahrul mengangguk dan tersenyum. Akif berlalu meninggalkannya.

“mak..mak...” Mak Siti terjaga.

“macamana Intan?”

“dia dah stabil mak.. mak rehat dalam bilik dulu temankan dia. Shah balik ambil baju untuk mak, nanti shah datang balik. ” Mak Siti mengangguk.


Pintu bilik dibuka, dilihat wajah lesu yang terbaring di atas katil. Ada sayu di hatinya. Lama dia memerhatikan iris wanita itu yang tertutup rapat.

“ehemm...hemmm” Mak Siti berdehum..

“shah jangan tengok anak dara orang macam tu” nasihat maknya. Shahrul tersenyum.

“oklah mak, shah balik sekejap..”

“bawa kereta elok-elok..” shahrul mengangguk lagi.

****


Perlahan-lahan Intan membuka mata. Hanya kipas yang berpusing laju terlayar di matanya. Dia memegang dahinya. Masih terasa berdenyut. Apa berlaku dengan aku ni? Dia mengamati sekeliling. Terasa asing. Dia cuba bangun dari pembaringan. Terpandang wajah tua yang sedang lena di tepi katilnya. Wanita itu duduk sambil kepalanya terlentok di begitu dekat dengannya. Mak Siti... panggilnya perlahan. Matanya beralih kepada wajah lelaki yang juga terlena dihujung sofa yang tak jauh dari katilnya.

“Intan dah sedar?” dia hanya mampu menganggukkan kepala.

“saya dekat mana ni?” suaranya kedengaran perlahan.

“hospital...semalam Mak Siti jumpa Intan pengsan dekat dalam bilik... nasib baik shah ada angkat Intan bawa ke sini”

“hah?” matanya terus terarah pada wajah lelaki yang lena tadi.

“dia penat tu...semalaman tak tidur...” jelas Mak Siti tanpa dipinta. Intan tersenyum.

“terima kasih Mak Siti” ucapnya perlahan. Matanya dilelapkan kembali apabila wanita itu membelai rambutnya persis seorang anak kecil. Terasa ibunya ada disitu.

“apa nak berterima kasih dengan Mak..Intan”

“Mak??” Anggukan Mak siti menambahkan laju titisan air mata yang mengalir. Hatinya sayu. Tubuh itu dipeluk kemas.

Shah membuka sedikit matanya, dari jauh diam dia tersenyum mendengar perbualan dua wanita itu. Kini hatinya memang yakin. Aku memang cintakan dia, aku sayang dia...aku akan jaga dia. Shahrul cepat memejamkan kembali mata apabila merasakan ada yang memandangnya. Mata yang selama ini berjaya membuatkan tidurnya tak lena.

“teruk juga Intan demam... kenapa tak bagi tahu Mak? Lain kali jangan nak tunjuk kuat sangat nak tahan sakit ”

“Intan punya kereta masalah..buat hal, hari hujan pulak” cuba menerangkan perkara sebenarnya. Bukan sengaja dia ingin terlantar di sini.

“Mak tahu.. Shah dah suruh Farid uruskan kereta Intan tu” sedikit terkejut. Dia cuba mengawal riak wajahnya.

“macamana pulak Mak Siti tahu?”

“orang bengkel datang rumah Intan, katanya kereta dah siap tapi call Intan tak dapat..nasib baik masa tu shah ada” sekali lagi Mak Sitii mengumpan nama anaknya.

“terima kasih Mak Siti”

“Mana ada Mak yang berkira sangat dengan anaknya” senyuman terukir di wajah mereka.
Hari ini semangatnya kembali pulih, dia tak memerlukan bantuan sesiapa lagi untuk bangun. Panas badannya juga sudah hilang. Cuma tekaknya masih sedikit perit. Tiba-tiba pintu dibuka dari luar. Pantas dia mengangkatkan kepalanya. Mata hazelnya terpaku memandang mata hitam milik lelaki itu.

“sihat nampak?” kata Shahrul. Senyuman sinis melekat diwajahnya. Intan mencebik.

“bolehlah” Intan menjawab perlahan. lelaki itu terus mendekatinya. Pantas tangan kasar itu diletakkan ke dahi Intan.

“ehhh apa pegang-pegang ni?” pantas tangan itu ditepis.

“saja nak test...kalau muka singa ni dah datang balik maknanya dah sihatlah” sekali lagi lelaki itu ketawa. Sampai nampai gigi. Lawak sangat ke?.

“kau nak kemana tadi?” tanya shahrul lagi.

“suka hatilah”

“amboiii... garang dah datang balik tu memang dah sihatlah kemas beg balik rumah” perli shahrul.

“buat apa datang ni?” bentaknya lagi. Sedikit garang. Sengaja dibulatkan matanya. Shahrul tersenyum.

“nak bagi kau makanlah..” sambil meletak bungkusan makanan yang dimasak oleh maknya.

“tak payahlah susah-susah kan pihak hospital dah sediakan makanan...”

“emmm aku dah cakap tak payah tapi mak suruh hantar juga..kalau ikutkan aku baik kau jangan makan lagipun nanti naik berat badan susah pula nak angkat” katanya sambil duduk di kerusi sebelah Intan.

“siapa suruh awak angkat saya?” tanya tanpa mengangkat kepala. Malu.

“suka hati akulah” Shah mengupas sebiji epal yang dibawanya tadi.

“awak buat apa tu?”

“main bola sepak..” Intan mengigit bibitnya geram. Dia tahu shahrul sengaja.

“kalau nak main bola sepak buat apa datang sini? Pergi main dekat padanglah”

“kau ni harap mata je cantik..tak nampak ke aku tengah buat apa? Nah ambik”

“tak naklah....” epal yang dihulur Shahrul tidak disambut.

“cuba jangan degil awak tu sakit” Intan mencebik lagi. “hahh tariklah muncung tu bagi panjang nanti biar macam muncung itik”

“itik??..suka hati je..mesti awak sukakan masa saya sakit.... kenapa tak doakan saya mati je?” Intan berkata perlahan. Entah kenapa dia terasa dengan kata-kata Shah. Ehhh kenapa dia nak terasa?.

“kenapa pula aku kena doa macam tu?”

“yelah tak ada orang menyusahkan awak..” Intan bersuara perlahan.

Shahrul diam. Pisau yang mengupas epal di letak di atas meja kecil di hujung katil. Dia mendekatkan dirinya dengan Intan yang masih menundukkan kepala. Dekat lagi hingga terdengar debaran di hati wanita itu. Intan mengangkat kepala. Terkedu apabila jarak mereka terlalu rapat. Dekat.

“kalau aku doakan kau mati...samalah macam aku membunuh diri aku sendiri.. aku sentiasa doakan kau akan hidup lebih 100 tahun..dan sepanjang masa itu aku akan doakan kau sentiasa sihat dan bahagia. ” Shahrul meletakkan epal yang siap dikupas dalam tangan Intan. Wanita itu masih diam. Dia tersenyum lalu melangkah keluar tanpa berpaling. Intan masih kaku jantungnya berdegup laju....

***

Matanya masih memandang ke arah pintu wad yang tertutup rapat. Ada getar di hatinya untuk terus melangkah masuk. Apa tujuan dia ke sini? Ehh mestilah nak tengok Intan, tapi kalau ditanya macamana dia tahu nak jawab apa?. Dadanya masih sesak dengan deruan nafas yang laju. Betapa kuatnya jantung itu berdegup apabila menerima berita tentang wanita ini. rambut yang terjuntai menutup dahi ditolak perlahan dengan tangan.

“what?? Hospital? Kenapa? Bila?.. emmm ok saya ke sana sekarang” Lokman bergegas keluar dari biliknya. Puas dia menghubungi Intan tapi tak ada jawapan nasib baik dia ada simpan Nombor butik Laifa kalau tak mesti sampai sekarang dia tak tahu apa yang menimpa wanita pujaannya.

“wati saya nak keluar..”

“tapi Encik Lokman ada meeting dengan Pengurus Mesra Holding petang ni?” Wati mengingatkan kembali Bosnya.

“emmm batalkan semua temujanji saya”

“tapi mesyuarat ni penting Encik Lokman” wati sekali lagi bersuara.

“saya ada urusan lebih penting..” sepantas kilat da meninggalkan setisusahanya tanpa perlu meminta izin.

“ kenapa tak masuk?” suara itu membuatkan dia kembali berpijak di bumi nyata. Matanya tepat memandang wajah lesu didepannya. Tudung putih dan iniform pesakit hospital tersarung ditubuhnya.

“Intan? Dari mana?”

“emmm saja nak melawat kawan dalam bilik ni” usiknya jelas wajah lelaki itu kemerahan.

“hah?” kepala digaru perlahan.

“kenapa Encik Lokman berdiri dekat sini? Tak nak masuk ke?” sekali lagi Intan berlagak seperti bukan dia yan menghuni wad s13 tu.

“saya nak masuk tapi saya takut kawan awak tu tak suruh saya masuk pula” lelaki itu tersenyum manis. Ikutkan hati kecilnya mahu saja dipeluk tubuh wanita itu. Tai dia masih waras dan dia yakin Intan juga bukan seperti wanita yang dulu mengelilinginya. Senang dipegang sana-sini.

“awak ni, hospital ni bukan dia punya” Intan membuka pintu lalu masuk ke dalam. Lokman tersenyum dan turut sama mengekori langkah Intan.

“macamana bleh jadi ni?” soal Lokman ketika itu Intan baru saja duduk di hujung katil.

“macamana awak boleh tahu saya dekat sini?” tanya Intan.

“siapa yang tanya siapa ni?” Intan tersenyum. Dia senang dengan kehadiran lokman.

“sekarang ni macamana? Doktor kata apa?” sekali lagi soalan lahir dari mulutnya ada nada kerisauan yang masih bersisa.

“ok, awak janganlah risau, saya dah sihat, Cuma doktor tak benarkan balik lagi sebab badan saya masih lemah”

“emmm...barulah senang hati aku” bisik Lokman perlahan

“apa awak cakap?”

“ehhh tak ada apa-apa”

“awak ni melawat orang sakit tak bawa apa-apapun” Intan bersuara sedih, sengaja menguji hati lelaki itu. Lokman tersedar. Memang dia tak sempat beli apa-apa dirinya sendiri belum makan. Lupa segalanya sebaik saja mendengar berita tentang Intan.

“sorry..saya lupa” jawabnya pendek.

“emmm macamana ni kawan sakit tapi boleh pulak lupa, bawalah buah ke bunga ke..barulah ada semangat sikit nak sembuh” sekali lagi lelaki itu menggaru kepalannya. Intan tersenyum. Wajah lokman kemerahan.

“saya mita maaf ek...Intan nak apa?”

“emmm oleh sebabkan awak lupakan kawan awak ni...emmm saya rasa.” Intan mengosok-gosok dagunya dengan tanya. Ada idea jahat muncul tiba-tiba. “kalau dapat Ros 500 kuntum best jugak kan”

“Hah??? 500? Kenapa tak mintak seribu je?”

“hah..kalau seribupun ok juga..” ketawa Intan kedengaran kuat. Lokman tersenyum.

“Esok saya bawa untuk awak” tawa Intan berhenti. Dia tersenyum manis.

“saya guraulah...awak ni serius pulak...” katanya dalam sisa tawa.

“siapa teman awak dekat sini?”

“mak..tapi dia balik sekejap ambil barang katanya”

“Mak??” setahu dia Intan tak punya sesiapa.

“emmm...untung juga saya demam ni, tiba-tiba Allah hantarkan saya seorang ibu” Intan kembali tersenyum.

“Siapa?”

“Mak Siti” jawabnya perlahan. Hah banyaknya dia terhutang budi dengan wanita itu. Malah budi kasih dan sayang.

“emm maksud awak jiran yang selalu awak ceritakan tu?” Anggukan Intan membuatkan Lokman kembali tersenyum.

“bila awak boleh keluar?”

“saya kalau boleh hari ni juga saya nak keluar..”

“emmm biar saya bincang dengan doktor” usul lokman

“hah? Ya? Boleh ke...emmm awak tolong saya ekk lokman” Pinta Intan. Memang dari semalam dia merayu pada Mak Siti tapi langsung tak dilayan.

“emmm boleh saya nak suruh doktor tu pastikan awak duduk sini sampai awak betul-betul sembuh” bulat mata Intan apabila mendengar kata-kata yan lahir dari mulut lelaki di depannya.

“Baik awak minta borang mohon kerja je, biar saya kerja dekat sini” Intan geram. Musnah harapannya.

“kan bagus awak tinggal dekat sini boleh rehat”

“Encik Lokman kalau saya lama dekat sini siapa nak tengok-tengok butik?” Intan cuba menjelaskan keadaannya.

“awak jangan nak buat muka seposen tu Intan. Awak kan ada pekerja inilah masanya awak serahkan mereka kepercayaan dan...”

“dan kau juga ada rakan kongsi yang boleh uruskan semua tu.” Sambut satu suara yang berdiri di muka pintu yang terbuka luas.

“Maya......? bila kau balik?”

“baru sampai..aku terus kesini”

“kan ada lagi 2 hari?”

“emmm aku tak senang duduk dekat sana..” Maya mengambil tempat di sebelah kiri Intan. Dia sempat tersenyum pada Lokman.

“kenapa pula?”

“sebab ada orang tu aku tak ada sampai masuk hospital...kau macamana?”.

“akukan Intan Azura Abdullah emmm mestilah kuat.....” Maya mencebik.

“Intan Azura Abdullah konon, siapa pulalah yang terjelepok dengan depan pintu bilik air tu sampai kena angkat?” Intan pantas meletakkan jari telunjuknya ke bibir, memberi isyarat kepada Maya agar tidak meneruskan ayatnya. Maya ni tak agak-agak tak nampak ke Lokman dekat sini.

“apa main bahasa isyarat ni?” sindir Lokman. Intan ketawa kecil. Tak sedar lelaki itu sedang memerhatikan perbuatannya.

“nasib baik kau tak apa-apa” ucap Maya perlahan. Memang itulah yang bermain di hatinya sejak tadi. Akhirnya terluah juga.

Intan tersenyum, dia tahu hati sahabatnya itu. Maya adalah sahabat terbaik. Lokman turut sama tersenyum.

“oklah Intan saya balik dulu nanti saya datang balik” Lokman meminta diri. Sebenarnya dia serba salah berada lama dengan dua sahabat karib itu, terasa tak ada apa yang ingin dibualkan. Dia mati akal.

“ehhh encik Lokman nak balik dah?.. kan baru sampai?” Maya cuba beramah. Dia tahu Lokman tak selesa dengan kedatangannya.

“emm dah lama sebenarnya, Cuma nak masuk tadi je takut-takut” sambut Intan. Lokman ketawa kecil menutup rasa malunya.

“pandailah awak kenakan saya” Lokman memandang ke arah wajah yang dirindui. “nanti kalau perlukan apa-apa call saya ek” sekali lagi dia mengingatkan Intan. Intan mengangguk perlahan tanda faham.

“ amboiii....romantik semacam je aku dengar ayat mamat tu?” ucap Maya sebaik saja Lokman beredar keluar dari bilik.

“hishhh kau ni, dia tu baiklah”

“ehhh ada ke aku kata dia jahat??” Maya mencuit bahu temannya.

“intonasi suara kau tu” Intan mengukuhkan kata-katanya.

“tapikan dari intonasi encik Lokman tu macam ada something feel je dekat dalam hati diakan, tambah-tambah bila mata dia pandang tepat ke arah kau, aku tengok macam ada star..bersinar-sinar”

“pandainya kau tengok mata orangkan...mata sendiri tak nak tengok??” Intan menduga hati temannya. Sengaja dia mengabaikan kata-kata Maya yang merepek.

“mata aku nak tengok buat apa? Kau suka lari topikkan” marah Maya.

“kau tak bawa apa-apa ke aku laparlah..teringin nak makan ais krim.” rungut Intan.

“laaaa...kaukan sakit mana boleh makan bukan-bukan, amboii nak ais krim pula jangan nak buat kerja gila” Mazliana mencebik mendengar ayat yang lahir dari mulut Maya. Laju je....

“ni siapa yang bawa?”

“shah tadi hantar mak siti suruh hantar”

‘kalau aku doakan kau mati...samalah macam aku membunuh diri aku sendiri.. aku sentiasa doakan kau akan hidup lebih 100 tahun..dan sepanjang masa itu aku akan doakan kau sentiasa sihat dan bahagia’.kata-kata shahrul terdengar kembali di telinganya. Eiiiii asal mamat tu gila ke?.

“kenapa?” tanya Maya pelik melihat muka Intan berkerut.

“emmm tak ada apa”

***

“Wati..Encik Lokman please” wanita itu menanggalkan cermin mata hitamnya.

“emmm Cik Anita. Encik lokman tak ada dalam bilik”

“hah?? Dia ke mana?”

“emergency kes katanya” Wati menambah lagi. Dia melihat wajah kelat wanita didepannya itu. Jelas tak puas hati dengan jawapan yang diberi.

“lama ke dia keluar? Tanya Anita lagi.

“saya tak pasti Cik Anita”

“macamana You buat kerja? Bos pergi mana pun tak tahu tak pasti? Habis apa fungsi you duduk sini? Makan gaji buta?” sekali lagi wanita itu meninggikan suara. Wati merungut dalam hati.

“You dah call dia bagi tahu I ada dekat sini?”

“saya dah cuba tapi tak ada respon, mungkin Encik Lokman matikan telifon”

“eiiii semua tak boleh buat kerja, kalau you macam ni I suruh datuk pecat you. Makan gaji buta” bebel Anita dan berlalu keluar. Malas dia berlama di situ buat sakit hati.

Anita berjalan pantas, panas hatinya tak dapat berjumpa dengan kekasih hati. Dari jauh ada yang mengejar langkahnya.

“haiiii marah nampak?” Fazrul tersenyum
“hahhhh hidup lagi rupanya you” anita menjeling di hujung mata. Lelaki itu langsung tak ada dalam senarai hatinya. Walaupun dia juga tahu Fazrul cuba memikatnya kerana harta papa.

“ jumpa Lokman ke?”

“dia tak ada, tak tahu kemana..” rungutnya kasar.

“emmm itulah yang you kejar-kejarkan orang yang tak sudi buat apa? Yang sudi you tak nampak” Fazrul memasang umpan.

“yang tak sudi tulah cabaran bagi I, lagipun I cintakan dia” Fazrul ketawa kuat, sengaja dibuat-buat tawanya.

“cinta?? You means C.I.N.T.A? orang macam you ni tahu ke maksud cinta?”

“you jangan cari asal dengan I...jangan sampai pisang berbuah dua kali”

“Anita...you dengan I spesis yang sama...kita spesis yang mana kenal maksud cinta dan tak akan teruja dengan cinta” jelas fazrul sambil mengusap lembut pipi wanita di depannya.

“sebab tu I tak akan pilih spesis yang sama macam you...” kata Anita keras lalu menepis kuat tangan Fazrul, sakit hatinya. Memang lelaki ni tak reti bahasa. Dia terus meninggalkan Fazrul tanpa menoleh lagi ke belakang.

“emmm...kau akan kenal siapa aku nanti...wait and see” Fazrul berkata sendiri.

Thursday, October 1, 2009

GILA KAU 36


Gila kau 36

“hoiii menung apa ke hal pagi-pagi ni?” sergah shahrul.

“ehhh kau tak pergi pejabat lagi ke?”

“taklah aku kat pejabatlah ni..dah terang nampak aku dekat sini lagi mahu tanya” dia mengambil tempat di sebelah Farid.

“kenapa kau macam orang putus cinta je?” tanya Shah sekali lagi pelik melihat sepupunya, kalau semalam dia terkejut sebab muncul tiba-tiba depan pintu rumah. Sekarang bertambah pelik bila mamat seorang ni melayan perasaan.

“tak ada apalah biasa je”
"apa yang biasanya aku tengok lain macam je?" shahrul memandang sekilas wajah di depannya
"aku rasa aku dah jatuh cintalah.." bisiknya perlahan. mata shah membulat. biar betul apa yang didengarnya. farid tersenyum. hahh terkejut..tadi nak tanya sangat.
"kau serius ke ni? siapa? aku kenal?" tanya Shahrul lagi.
"entah..."
"pulak..dahlah aku nak keluar dah ni..kalau kau tak ada kerja kau tolong jaga mak aku dekat rumah ni ada juga faedah" usul shah lagi. dia sudah mencapai kunci kereta yang diletaknya di hujung meja. "emmm...weiii..kalau betul hati tu dah berkata-kata apa tunggu lagi, On jelah" sempat dia mengusik bahu farid.
"eleh kata orang...diapun sama dua kali lima" Dia kembali melayan perasaannya. kelibat Shah yang sudah lama menghilang sedikitpun tak dihiraukan.
****
lokman hanya mampu tersenyum melayan kerenah satu-satunya adik kesayangannya. Ini dah masuk tiga kedai yang mengores kad kreditnya. Kalau pusing lagi ni almat selamatlah dia.

“payah betullah Along ni..”

“kenapa pulak?”

“siapa suruh hensem sangat, Along tengok budak-budak perempuan tu dari tadi tengok along”

Pandangan di alihkan ke arah yang dimaksudkan oleh Mira. Ada beberapa pelajar mungkin tersenyum-senyum ke arahnya. Dia senang membalas senyuman itu seikhlas mungkin. Wajah masam adiknya dicubit lembut.

“sakitlah..”

“padan muka..yang nak cemburu tu kenapa?”

“tak ada masa Mira nak cemburu Along..masalahnya meluah tahu tak, tersengih-sengih.
Gatal.” Bulat mata Lokman mendengar kritikan adiknya. Namun akhirnya dia tergelak.

“dah habis ke beli barang ni..rasanya tadi tak ada dalam senaraipun Kasut, T-shirt ni”

“hahhh..mulalah nak kedekut tu..” langkahnya diteruskan lantaklah alongnya nak kaya apa yang pasti hari ni dia akan berbelanja sakan. Biar habis gaji sebulan alongnya. Bukan senang dia dan lokman keluar macam ni. Masing-masing sibuk dengan kerja.

Mira menonong ke depan. Laifa Butik, menarik perhatiannya. Dia terus masuk ke dalam kedai sederhana besar itu. Di situ menempatkan banyak fabrik pelbagai jenis. Berpinar juga matanya. Yang sana cantik yang situ cantik. Cantik, cantik dan cantiklah.

“nak beli aPa lagi dekat sini” tanya Lokman separuh mengah mengejar langkah adiknya.

“cantiklah abang.. rasa macam nak beli semua”

“hahh...bolehlah pergi jumpa dengan tuan kedai ni kita sain kontrak beli dengan kedai-kedai sekali”

“ ada pulak macam tu”

Tiba-tiba datang seorang wanita mungkin sebaya dengan Mira. Tersenyum memandang mereka berdua.

“ya, cik boleh saya bantu”

“saya nak cari kain untuk dibuat baju kurung moden, ni dah rabun mata nak beli yang mana satu semua cantik-cantik”

“yalah hargapun cantik” bisik Lokman perlahan. Tapi dapat didengar oleh Mira dan wanita disebelahnya itu hanya tersenyum.

Satu persatu diperkenalkan oleh pelayan wanita itu kepada Mira tapi kepalanya tetap mengeleng. Tunjuk lagi mengeleng. Tunjuk lain etap mencebik.Lokman sudah duduk di satu sudut yang tidak jauh dari timbunan kain yan ditunjukkan kepada adiknya.

“haiii tadi kata semua lawa, cantik, menawan lepas tu asyik reject je nak beli ke tak ni?” lokman mula bosan.

“alaaa....abang ni cuba duduk situ diam-diam Mira tahulah nak pilih yang mana” Lokman mencebik. Diam terus tak nak bayar nanti baru tahu.

“Ya Cik boleh saya bantu?”

“Intan..”

“Lokman?..” lokman tersenum. Tak sangka-sangka mimpinya semalam menjadi kenyataan. Kalau ikutkan hati mahu saja dipeluk tubuh wanita yang dirinduinya itu tapi dia masih waras untuk bertindak sejauh itu.

“buat apa dekat sini?” tanya Lokman.

“Hello... Encik Lokman ini Laifa Butik” Intan mendepakan tangannya.ada maksud lain di sebalik kata-kata Intan.

Seisi kedai dipandang. Laaa..laifa butik ni bukan si Intan punya ke??

“ehemm..ehem...” Mira mencuit bahu aLongnya.

“ehh..lupa pulak ini adik saya..Syamira, Mira ni Kak Intan Azura”

Intan tersenyum mendengar pujian dari Mira. Memang Mira seorang yan periang dan bijak berkomunikasi. Samalah macam abang dia. Dia duduk di satu sudut menunggu kedatangan Mira dan lokman yang dari tadi berbaris menunggu giliran di kaunter KFC. Ramai orang hari jadi terpaksalah tunggu lagi.

“sorry lambat ek..Kak Intan along ni lembab”

“ehhh pandai nak salahkan Along pulak dia yang nak macam-macam” Lokman menarik telinga adiknya. Intan tersenyum memandang gelagat mesra dua beradik itu. Memang best kalau ada adik.

“kak Intan kalau nak tahu along ni kalau tempat public macam ni dia memang lemah sikit nampak je macho semacam tapi sebenarnya pemalu teramat”

“betul ke?? Tak sangka pula akak” tambah Intan mengenakan Lokman. Seolah menyokong usikan Mira, adik Lokman.

“hahh..awak dengarlah budak ni bukan boleh pakai..” mereka ketawa serentak.
Panggilan telifon dari Butik membuatkan Intan terpaksa meminta diri. Nasib baiklah meeka hanya makan di KFC yag tak jauh dari butiknya bolehlah dia pecut 100 meter balik ke butik.
Lokman memandang bayang Intan yang dah lama menghilang. terasa senyuman wanita itu masih berbekas dihatinya. memang dia gila..

“ehem...ehem... haii Along dah jauh pun orangnya, dah tak nampak bayang” Lokman terkejut pantas matanya dialihkan semula kepada Mira. Mira tersenyum lagi. Akhirnya ketawa dari bibir yang ditahan sejak tadi pecah.

“apa yang seronok sangat?” tanya Lokman pelik,

“kelakarlah Along ni, dari cara along pandang Kak Intan tu orang dah boleh nampak you’re feeling in love”

“betul ke?” mukanya sudah memerah. Perasan sangatkah perasaannya?

“kak Intan ke orangnya yang mencuri hati along tu?”

“dahlah Mira macam polis pula jom kita balik..”

“emmm nak larilah tu..” Mira ketawa lagi mengikut langkah laju Lokman.

Sampai di tempat letak kereta langkah Mira terhenti. Mukanya mula bercorak kelat. Wanita yang berdiri di tepi BMW milik alongnya membuatkan dia menggaru kepala.

“kenapa?” tanya Lokman pelik melihat adiknya stop tiba-tiba.

“tu..” mulut dimuncungkan ke arah kereta.

“aduhhhh” itu saja perkataan yang keluar dari mulut Lokman. Dia mengeleng kepala perlahan. Masalah..

Mereka berdiri mengedap wajah yang sudah memerah menahan panas. Lokman cuba tersenyum. Walau tak suka macamanapun Anita tetap punyai talian dengannya.

“kenapa Man lambat sangat..panas” Intan mengipas mukanya dengan jari yang berwarna merah kukunya.

“emmm yang Kak Nita terpacak tengah panas ni siapa suruh?” tanya Mira. Malas.

“tadi Nita call Mama abang, dia suruh Nita cari abang dekat sini” katanya manja. Mira mencebik. Dah agak dah memang kerja mama.

“Nita datang naik apa?”

“Pak mat hantar tadi..dia dah balik pejabat nak ambik papa”

“dahlah jomlah kita balik..” putus Lokman.

“tapi Nita tak makan lagi...” Anita merengek seperti kanak-kanak 3 tahun.

“tapi kami baru lepas makan” Mira menjelaskan keadaan sebenar.

“emmm..nita laparlah..” bisiknya perlahan sengaja ditujukan kepada Lokman yang sudah membuka pintu kereta.

“oklah..jom kita makan,” Nita tersenyum mendengar kata-kata Lokman. Dia memandang sekilas kepada mira tanda dia berjaya.

BMW merah milik Datin Maznah bergerak laju meninggalkan tempat letak kereta. Lokman mengeluh dalam hati. Dia memang tahu sangat kehendak mamanya tapi untuk apa mama mengatur hidupnya? Dia sudah besar panjang dia tahu membezakan mana yang sepatutnya jalan yang dilalui.

“walau buruk macamanapun awak seharusnya bersyukur, dia mama yang melahirkan awak, dia yang membesarkan awak.. seadanya awak disebabkan awak menumpang rahimnya. Sebagai anak awak perlu mengutamakan mama awak..awak bertuah ada mama dan papa, jangan jadi anak yang tak bertuah macam saya. Hidup menumpang kasih orang lain”

Kata-kata Intan terakam di ingatannya. Kata-kata yang diucapkan sewaktu dia meluahkan rasa tak puas hati dengan tindakan mama yang terlalu mendesak. Tapi jawapan wanita itu membuatkan dia terdiam, malah memekarkan lagi rasa cinta di hatinya.

“awak memang istimewa” bisiknya perlahan.

“hah?? Apa Man cakap tadi?”

“emmm tak ada apa..” pertanyaan anita membuatkan dia sedar yang dia sedang memandu kereta. Hishhh cuai betul. Bahaya.

***

“amboiii hensemnya...kekasih akak ke?” tanya aida pembantu baru di butiknya.

“ooo skodeng akak ekk..”

“ternampak..tapi masa dia masuk..mak oiiii gugur jantung kak” Intan ketawa lagi.

“habis tu sekarang ni ada jantung ke tak?”

“hishhh akak ni adalah kalau tak da dah lama kiuk..” aida melentokkan kepalanya. Macam ayam kena sembelih.

“dia ke yang berjaya mencuri hati akak?”

“emmm entah...” jawab Intan sambil matanya meneruskan mengiraan stok yang baru sampai.

“hishhh suka bagi jawapan mengelirukan”

“ dah..dah jangan nak membebel nanti lain pulak yang jadi...perg buat kerja”

“baik bos...”

Pintu bilik ditolak perlahan. Kelihatan maya sedang sibuk mengemas pakaiannya. Ada yang tersangkut ada yang dilipat. Banyaknya?.

“boleh masuk?”

“sejak bila mintak kebenaran?” balas maya. Intan tersenyum. Dia melangkah masuk dan duduk di atas katil yang sudah dipenuhi timbunan baju.

“alaaa..mesti aku sunyi kau tak ada” usik Intan. Maya mencebik. Satu persatu baju di masukkan ke dalam beg.

“emm sunyi apanya kan kau sekarang ramai peminat, so baik kau layan peminat kau tu mesti tak bosan dah”

“peminat pe benda pula bila masa aku ada peminat?”

“eleh-eleh..orang sebelah tu...” bahu maya dicubit kuat.

“aduhh sakitlah..”

“hah padan muka kau...” Intan membantu maya memasukkan baju kurung ke dalam beg. “ kau ni nak pergi berapa lama sampai bawa baju macam nak pindah terus?” tanya Intan lagi.

“kau kenal akukan..aku tak suka kalau ada barang yang tak cukup”

“kalau yapun tak akan benda ni pun kau nak bawa?” ditarik Novel dari beg Maya. Bukan satu tapi tiga mak aiiii bila masanya nak dengan seminar bila masanya pula nak baca novel?.

“itu peneman aku bila dah tak ada apa nak buat”

“ya ke..?” tanya Intan sambil mengangkat keningnya. Ada kemiskilan dengan kata-kata yang lahir dari mulut sahabatnya itu.

“alaaa...aku bacalah sikit kalau aku rasa bosan masa seminar tu nanti.” Akuinya lagi.

“haaa..kan senang berterus-terang macam tu tak payah nak bermadah berhelah” Intan ketawa lagi.

“kau tak nak pergi aku kenalah cari kawan lain”

“amboiiii...kalau kita pergi berdua siapa pula yang nak jaga butik tu sayang”

“elehhh cakap sajalah kau sayang nak tinggalkan cik abang” bulat mata Intan mendengar ayat terakhir maya. Sengaja keningnya diangkat dan mulutnya menuju ke arah kanan. Rumah Mak Siti.

Entah kenapa sejak dua menjek ni Maya sering mengusiknya dengan mamat poyo tu. Eiiiii tak kuasa aku. Poyo satu hal lepas tu mulut tak ada insurans.

Memang sepatutnya dia yang mewakili Laifa butik ke seminar usahawan membangun itu tapi mengenangkan masih banyak yang perlu diuruskan jadi lebih baik maya seorang saja yang pergi.

“nanti kau pergi sana jaga diri elok-elok”

“kau tu duduk sini jaga diri jangan belagak semua nak buat” perli Maya. Intan hanya tersenyum sambil tangan meneruskan kerja menyimpan baju ke dalam beg.

Ketiadaan Maya membuatkan dia semakin pening kepala. Semua kerja jatuh ke bahunya, terasa sedikit sesak nafasnya. Menyesal dia tak ikut serta ke seminar sekurang-kurangnya boleh merehatkan badan , walaupun kena mendengar bebelan ceramah yang penuh sepanjang tentatif program. Pemanduannya agak kabur..hujan lebat membuatkan Gen2nya bergerak perlahan. Tiba-tiba terasa ada yang tak kena dengan keretanya..Intan membelok ke kiri jalan dan berhenti.

Alamak meragam pula kereta ni. Memang nak cari nahas betullah. Jam di tangannya menunjukan tepat 6 petang. Hujan lebat membuatkan dia mengeluh perlahan. Saja nak cari pasal betullah kereta ni. Telifon bimbitnya dicapai dalam beg tangan. Ingin mendail nombor Maya. Hishhh ala maya kan pergi singapura. Aduhhh! Siapa nak tolong aku ni?”

“kereta aku bagi kau masa dua minit untuk bertenang kalau kau buat hal juga aku tinggalkan kau dekat sini” keadaan di sekelilingnya dipandang. Kalau nak ikutkan kalau jalan sikit depn tu boleh kot dapat teksi.

lima minit dia duduk di dalam kereta. Peluh keanasan sudah mula turun. Asallah kereta ni nak buat hal petang ni juga. Cuba memikirkan kalau-kalau ada yang boleh membantu. Tapi malangnya tak ada. Barulah dia sedar Intan azura rupanya tak punya banyak kawan. Hujan diluar tak memberi isyarat untuk berhenti. Dia nekad turun dari kereta. Redah je la...

Intan sampai di rumah lebih kurang 8.30 malam mujurlah ada teksi yang lalu di jalan gelap itu kalau tak?. Dia terus ke bilik mencapai tuala, badannya sudah mengigil kesejukkan. Mana taknya sejam juga terpaksa bertahan dengan baju yang lenjun basah hujan yang tak henti. Selesai solat isyak badannya terus dilayangkan ke atas katil. Penat, ngantuk, sakit kepala semua merangkup menjadi satu.

Disebabkan kereta kesayangannya itu juga dia menderita, terasa badannya tak selesa, denyutan kepalanya terasa semakin laju. Tanganya meraba dahinya sendiri. Alamak nak demam ke??.....

***

Suara di talian senyap. Lama terdiam. Maya mula gelisah, apa pula jadi dekat Intan ni. Semalam dia terkejut apabila mendengar cerita Intan menapak balik ke rumah dalam hujan.

“Intan kau ok tak ni?”

“emmm...okkkk....” suara itu sangat perlahan.

“kau demam ni ek?”

“taklah..” hishh nak menipu lagi tu, suara dah macam orang sakit tetap juga nak degil. Nak kena penampar juga Intan ni. Dia gelisah sendiri di talian tak pernah Intan diam begini kalau dia bergayut dalam telifon.

“intan...” panggilnya lagi. Senyap. “intan!!” sekali lagi.

“Maya aku tak laratlah..kita cakap lain kali ek..”

Talian dimatikan. Maya tak sedap hati dia melihat jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10 malam, hishh tak boleh kalau dia nak redah balikpun lagipun bukan dekat kalau nak memandu waktu gelap macam ni. Siapa nak tolong Intan ni?...Mak Siti..

****

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. malam ini shahrul hanya ingin menghabiskan masa dengan mak kesayangannya. sudah lama rasanya tak bermanja. entah kenapa hatinya tak rasa untuk melepak di gerai mamak malam ni.

“haiii anak mak tak tidur lagi?”

“belum ngantuk mak”

“kenapa pulak?”

“entahlah” shahrul tersenyum nipis. Kerutan di wajah ibu kesayangan membuatkan dia ketawa.

“rindukan seseorang ke?” duga Mak siti.

“hishh mak ni mana ada”

“alaaa tak nak mengaku pula anak mak ni”

Bunyi telifon mematikan perbualan dua beranak itu. Gangang diangkat. Satu suara cemas kedengaran.

“hah?? Apa...Laaa Mak Siti ingat dia pergi dengan Maya..Habis dia dengan siapa? Hah!!..hishhh budak ni...biar Mak Siti tengokkan..Ya..ya Maya jangan risau” talian dimatikan. Shahrul mendekati ibunya.

“kenapa mak?”

“emmm Maya telifon..dia kata Intan demam panas dekat rumah..dia sesorang dalam rumah tu” shahrul bangun mendapatkan ibunya yang berdiri tak jauh dari telifon.

“Maya mana?” tanya Shahrul lagi ada nada keresahan.

“dia pergi seminar seminggu”

“mari kita pergi tengok” usul Shahrul. Patutlah sudah dua hari dia tak melihat wanita itu. Tapi kereta Intan tak ada...

Shahrul sudah meluru ke pintu mendahului Mak Siti. Pintu rumah Intan diketuk beberapa kali tapi tiada jawapan. Cuba lagi diketuk masih kosong. Puas Mak Siti memberi salam. Tetap tiada respon.

“nak buat apa tu Shah?”

“kita pecah masuk je mak..” Shahrul menendang beberapa kali pintu dengan sepenuh tenaga. Pintu terbuka luas. Apalah sangat pintu itu kalau dibandingkan dengan tali pinggang hitamnya.

Suasana dalam rumah gelap. Suis Onn ditekan.

“Intan...intan...” panggil Mak Siti lagi. Risau juga dia menceroboh masuk rumah orang malam-malam buta ni. “intan” kali ni panggilan semakin dikuatkan.

“Mak cuba tengok dalam bilik atas” Mak Siti terus memanjat tangga. Shahrul sudah menjengok ke dapur. Kelihatan ada beberapa cawan yang masih belum dibasuh di dalam singki. Ini bermakna Intan memang tak masuk ke dapur. Jeritan mak yang memanggil namanya dari atas mengejutkan. Shahrul dia terus berlari.

“Ya Allah.....Intan” Shahrul terkejut melihat tubuh yang terkulai layu di ribaan maknya. Wajah Intan pucat biru.

“cepat shah kita bawa dia ke hospital..” Mak Siti cuba mengangkat tubuh itu tapi apalah sangat tenaga yang dia ada..terasa badan Intan terlalu berat.

Shahrul mengambil tempat di sisi Intan. Pantas tangannya di letakkan ke leher dan bawah lutut wanita itu. Dia mengangkat tubuh itu dengan mudah. Mak Siti terdiam, dia akhirnya tersenyum dapat dilihat kekalutan anaknya ketika itu. Dia tahu apa yang bermain di hati anak bujang kesayangannya itu.

“Mak tolong carikan IC Intan..”

Tubuh Intan diletakkan di tempat duduk belakang BMWnya. Nasib baik kunci kereta memang berada dalam poket seluar tracknya. Tangannya mengenggam erat tangan Intan yang sejuk. Jantungnya berdegup kencang ada airmata yang mengalir di pipi lembut milik wanita itu. Adakah dia menangis. Pantas jari jemari kasarnya menyeka perlahan mutiara yang mengalir. Shah memanggil maknya yang masih belum keluar dari rumah Intan. Mesti maknya mencari pengenalan diri milik Intan.

“Mak....mak....mak...Intan sakit..” perlahan kedengaran suara itu. Shahrul berpaling.

“Intan...Intan...sabar aku ada dekat sini..” tangan Intan digenggam kuat. Ya Allah.. selamatkanlah dia.

“mak....” terasa gengamannya dibalas kuat oleh Intan.

“Intan sabar sayang...” tak sangka itu yang terluah oleh shahrul.

“mak.....cepatttt!!!..” jeritnya kuat apabila merasakan pegangan Intan semakin lemah.







TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets