Monday, January 5, 2009

GILA KAU 8

Intan menutup telinganya dengan bantal, entah apa kena jirannya kena rasuk dengan hantu mana entah, bunyi radia yang kuat betul-betul menganggu tidurnya.

‘eiiiii....bodoh punya orang sebelah tak tahu ke orang nak tidur’ Intan menarik lagi selimutnya, membungkus semua tubuhnya.

Namun semakin dia cuba menutup telinganya semakin kuat bunyi muzik yang dipasang. Dia bengang jam di meja kecil sebelahnya dipandang, 8.00 pagi. ‘eiii..ni mesti kerja si mangkuk tingkat tu, tak habis-habis nak susahkan hidup aku pasal apalah...’.

‘Hari ahadnya langsung tak bermakna, hilang nikmat tidur aku bodoh punya orang...’ bebel Intan seorang diri, dia mencapai tuala ditempat biasa, langkahnya laju diatur menuju ke bilik air walaupun matanya masih mamai..sempat matanya terarah pada Mak Siti.

“Nasib baik mak kau baik, kalau tidak dah lama aku pasang bom kawalan jauh biar meletup dengan radio dengan kau sekali jalan....”, Intan mengomel sendiri lalu dia ketawa. Belumpun kakinya melangkah dia terdengar loceng rumahnya ditekan banyak kali. Kakinya melangkah laju menuju ke pintu utama.

“Sabar..saya datang ni”, pintu rumah dibuka. Terjengul wajah shah yang sedang tersengih macam kerang busuk.

“ Apahal ni pepagi meroyan datang rumah orang...”, hahh puas hati aku siapa suruh pasang muzik kuat-kuat. Kan dah kena kelancangan mulut tak berlesen.

“Ehhh...kau ingat aku teringin sangat ke nak datang rumah kau...ni hah mak aku suruh bagi nasi lemak, lain kali cik adik orang berbudi kita kena berbahasa..”Shah menghulurkan mangkuk tingkat kepada Intan. Intan terdiam...

“Yang berbudi tu mak awak jadi saya tak ada masa nak berbahasa dengan awak baik saya berbahasa dengan pokok bunga saya dekat luar tu lagi banyak faedah”, Intan terus menutup pintu.

Baru sahaja beberapa langkah diatur, loceng rumahnya berbunyi lagi...

“Apa lagi ni...?” sergah Intan

“Lain kali kalau nak buka pintu rumah ni janganlah pakai baju tidur nampak sangat anak dara malas baru bangun tidur...tapi nasib baik baju seksi kau tu tak buat aku buta”, Shah ketawa kuat, Intan memandang baju yang tersarung di tubuhnya....dia menjerit sekaligus pintu rumah dihempas kuat.

“bodoh.......” Intan menjerit dengan hentakan kakinya. Dia berkira untuk naik ke bilik, menyambung niatnya untuk mandi. Namun loceng rumah berbunyi sekali lagi.

‘kali ini kau akan kenal siapa Intan Azura...’ bisik hati Intan, kakinya terus diatur ke dapur..sebaldi air dipegang kemas. Lalu tombol pintu dipulas pelahan. Sebaik sahaja pintu terbuka Intan menyibah air ke muka insan di depan pintu.

“Intan apa ni....”, Maya bersuara geram, bajunya sudah basah dek air simbahan Intan .

“Kau nak ketawa sampai bila ni?”, Intan geram, tawa Maya seakan tak mahu berhenti. Lain yang dirancang lain pulak yang jadi.

“Oleh kerana kau dah basahkan baju aku, kau akan didenda........” Maya mengangkat keningnya senyumannya dah menandakan ada sesuatu yang bermain di fikirannya. Intan melepaskan satu keluhan berat.

Peristiwa pagi tadi betul-betul membuatkan Intan sakit hati, si Maya ni pula tak habis-habis ketawa. Dia kena simbahpun boleh ketawa Intan sendiri tak faham. Maya asyik ingin menyatukannya dengan shah katanya kami sepadan degil sama degil. Ada pulak macam tu kalau degil mestilah lawannya sabar...salah konsep betul budak maya ni. kerana tindakannya membasahkan maya secara tidak sengaja dia terpaksa mengantikan tugas maya menjaga butik hari ini. Yang pasti niat sebenar maya nak keluar dating sengaja mencari alasan.

“Ni semua makluk asing Shah ni punya pasal, tak pasal-pasal hari minggu aku jadi hari kerja....eiii nantilah kau Shah..” Intan mengomel sendirian duit syiling seposen dipusing-pusing dengan jari.

“hellooo...”, Intan berpaling pada suara yang menyapanya.

“ Ya Cik boleh saya tolong?”,

“ Saya nak cari kain untuk dihadiahkan kepada mentua saya..”, Intan memandang ke arah gadis dihadapannya, kalau diikutkan tilikannya mungkin baru awal 20an...dah ada mentua?.

“ooooo....boleh saya tahu umur mentua cik..emmm Puan berapa?”, tanya Intan lagi dan membetulkan panggilan untuk wanita itu. Wanita itu tersenyum melihat kekalutan Intan.

“ 52 macam tu kot...” Intan mengangguk dia memberi cadangan beberapa helai kain. Betapa terkejutnya apabila wanita itu membeli semua kain yang dicadangkan.

“Ok saya ambil semua...”, hah..Intan terkejut, mulutnya terbuka luas. Lantas dia tersenyum apabila wanita itu mengulangi ucapannya.

Alhamdulillah...untung dia hari ini, macam dapat durian runtuh, mana tidaknya 5 helai dijual serentak..mesti Maya terkejut tahap cipan punyalah. Kalaulah ramai pelanggan macam ni kan bagus. Intan tersenyum. Tapi senyumannya mati, Lokman bersama seorang gadis cantik. ‘siapa tu?’ bisik hatinya.

“Intan....” Lokman berkedu, tangannya yang memangut lengan Anita dilepaskan..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets