Sunday, February 8, 2009

GILA KAU 13

GK 13

Semua persiapan di pihak perempuan sudah serba lengkap hanya tinggal menanti hari langsung. Rumah Ummi sopiah dipenuhi sanak saudara yang silih berganti. Apa yang membuat Intan lagi teruja apabila melihat wajah berseri Munirah seakan tidak sabar mananti hari bahagianya.

“akak boleh ke?”, Aina bertanya risau. Intan sudah memanjat tangga.

”alaaa boleh akak dah biasa buat benda-benda macam ni”, katanya sambil kakinya sudah semakin tinggi memanjat tangga. Buah mangga muda hampir dicapai.

”Aina Kak Su nak berapa biji?”,

”entahlah akak ambiklah dua tiga biji...eiii masa ni juga nak mengidam mangga segala, lepas tu menyusahkan orang”,

”ala...tak apalah Aina bukan susah sangat pun lagipun diakan mengandung anak sulung”, Intan masih cuba mencapai mangga yang agak tinggi. Sedaya upaya dia cuba mencapai selangkah lagi dia menaiki tangga kayu yang sudang usang itu.

”akak kalau tak boleh kita ambil galah je...” Aina bersuara bimbang. ”eiii Amri cuba jangan lari-lari dekat sini” Aina menjerit marah melihat anak-anak sepupunya yang dari tadi asyik berkejaran.

Aina cuba mencubit bahu Amri. Gagal. Amri menjulir lidah ke arah acik Ainanya. Aina mula panas hati. Sedaya upaya dia cuba mengejar Amri, lupa akan tangga yang dipegang. Intan tersenyum dia berjaya. Tangannya penuh memegang mangga. Kakinya perlahan turun dari tangga, satu-satu penuh hati-hati tapi malangnya dia hilang tempat berpaut.

”aduhhhhhh......” jerit Intan kuat. Aina berpaling.

”aduhhh...sakitnya”, Intan terkedu ada suara lain disisinya. Aksi terbangnya dari pokok mangga tadi membuatkan dia terkedu seketika.

”ehhh awak tak nak bangun ke ni?”, satu suara entah dari mana. Muka Intan berona merah. Dia terduduk atas seseorang. Cepat-cepat dia bangun. Patutlah dia tak rasa sakit rupanya ada mangsa lain. Farid memandang wajah di depannya. Manis!!.siapa pula ni? hatinya bertanya dalam diam.

”Ya Allah apa dah jadi ni?”, Mak Siti dan Ummi Turun dari tangga rumah apabila mendengar suara ketawa kuat anak-anak cucu mereka. Farid hanya menggaru kepala, malu pun ada.

”kak Intan ok ke?”, Aina serba salah, dia yang cuai.

”emmm...ek kau ni aina Along ni yang patut tanya, tiba-tiba kena hempap dari atas ingatkan pokok mangga ni tumbang ke dahan patah ke..”, Farid mengurut tengkuknya yang terasa senggal.

”Intan buat apa sampai jatuh ni?”, pertanyaan Mak Siti yang sudah berdiri disebelahnya. Mak Siti meneliti ke arah gadis itu bimbang jika ada yang luka. Intan tersenyum.

”alaaa...Kak su nak makan mangga sangat, Aina dengan Kak Intan yang jadi mangsa”, belum sempat intan membuka mulut suara aina sudah menerjah.

”Laaaa...yang pergi panjat tu kenapa kan galah ada? Jolok je la...”, Kak Su datang dengan perut yang memboyot ke depan. Mangga ditangan Intan diambil. Aina menjeling tak puas hati. Faham benar perangai sepupunya itu memang pemalas, alasan mengandung tak boleh diguna pakai.

”dahlah nasib baik tak ada apa-apa...”, Ummi menyampuk bimbang mulut lepas anaknya akan mendatangkan pergaduhan.

”lagipun along datang tepat pada masa dan ketikanya. Jadi jangan risau semuanya selamat”, Farid cuba menyelamatkan keadaan menarik tangan adik bongsunya, faham dengan bahasa mata yang ditujukan oleh Umminya.

Kejadian pagi tadi betul-betul memalukan. Entah kenapa terasa segala pergerakannya diperhatikan sanak saudara Mak Siti. Serba tak kena duduknya. Kalau diberi peluang dah lama dia balik Kuala Lumpur. Pagi esok majlis akad nikah akan berlangsung. Intan membantu persiapan Munirah di bilik pengantin.

“Muni dengar akak ada butik ek?”, Intan hanya tersenyum dan menggangguk perlahan. Pasti Mak Siti yang memberitahu segalanya.

“emmm patutlah Muni tengok baju akak cantik je”,

“hishhh mana adalah muni ni..akak pakai T-shirt dah 3 tahun ni muni kata cantik?”, Intan memandang T-shirt biru laut yang tersarung di tubuhnya.

“baju yang akak pakai masa datang hari tu cantik. Muni suka tengok..mahal tak kak?”

“hish.. tak mahallah nanti Muni ajaklah Abang sayang ke butik akak.. akak bagi diskaun ek”. Munirah sudah tersenyum malu. Hatinya berdebar bila mengenangkan dia akan mengakhiri zaman solonya.

Munirah diam lama. Hantaran yang tersusun di atas katil pengantin dipandang. Entah kenapa dia seakan tidak percaya dengan keputusan yang dibuat. Kadang-kala timbul keraguan di benak hatinya.

“hahh kenapa diam je ni?” soal Intan kebetulan hanya tinggal mereka berdua saja di dalam bilik yang lain mungkin sibuk di luar.

“entahlah kak tiba-tiba takut pula”, dahi Intan berkerut.

“kenapa pulak takut?”

“betul ke keputusan yang Muni ambil ni?”, Intan tersenyum. faham maksud kata-kata Munirah. Tangan gadis itu dicapai.

“ Muni kena yakin dengan keputusan muni. Ingat apa yang muni lakukan adalah atas hati muni sendiri so muni kena bertanggungjawab. Lagipun akak yakin muni akan bahagia. Emmm dah jangan nak buat muka macam tu..senyum.”, Munirah tersenyum terasa ikhlas kata-kata yang diucapkan Intan. Walaupun baru kenal tapi dia selesa meluahkan isi hatinya kepada Intan. Mungkin ada sesuatu pada wanita ini.

“sepatutnya akak yang takut..” Intan berkata serius.

“kenapa pulak?” soalan yang sama pula lahir dari mulut Munirah.

“yalah muni baru 24 dah kawin akak ni bukan kawin bayang pun tak nampak lagi”, tercetus ketawa mereka. sengaja Intan menghalau perasaan yang bermukim di hati Muni.

***

“Amboi seleranya anak Ummi ni makan?” shahrul tersenyum. gulai lemak cili padi dengan rebung membuka seleranya.

“mestilah dah lama tak makan masakan Ummi rindu gile”,

“emmm yelah tu..kalau rindu kenapa tak balik? Ni dah dipaksa baru balik. Inipun entah ikhlas ke tak?”, Ummi sopiah memandang anak buah kesayangannya. Kasihnya kepada shahrul Iskadar sama saja dengan Farid anaknya. Dari kecil lagi mereka memang manja dengannya. Malah ibarat kembar.

Mak siti yang dari tadi memerhati tingkah anaknya mengelengkan kepala. Shah kalau makan bukan ingat dunia. Dia sebenarnya terkejut dengan kedatangan anaknya. Tapi mesti ada yang memaksa shah pulang ke kampung. Mungkin adiknya sopiah kerana hubungan shah dan Umminya itu memang rapat.

“hai..” shahrul iskandar!! Intan bangun dari duduknya. Tiba-tiba darahnya menyerbu ke muka, melihat senyuman shahrul membuatkan dia bertambah sakit hati.

Entah macamana petang tadi shahrul muncul di halaman rumah ummi.

“Ehh...apa awak buat dekat sini?”

“Suka hati akulah kampung aku”, dengan selamba shah duduk bersandar di depan Intan. Intan mencebik. Dia sudah berkira untuk bangun, tak mungkin dia akan duduk mengadap muka shah disitu.

“ehh..nak ke mana!!?”

“Suka hati sayalah diri saya..”, Intan berpaling meninggalkan shah yang terkulat-kulat. Dia tersenyum. padan muka.!!
Hari semakin menginjak waktu. Malam itu semua keluarga sibuk untuk memasak maklumlah pertama kali majlis besar akan diadakan dirumah tua ini. Dengar cerita Ummi 3 ekor lembu ditumbangkan. Intan berkira-kira pasti ramai jemputan yang akan hadir. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam tapi rumah ini masih riuh dengan suara dan kesibukan masing-masing. Intan leka bermenung di anjung rumah.

“haiii tak tidur lagi?”, satu suara. Intan terkejut.

“oppss sorry tak sengaja. Awak terkejut?” Farid sudah duduk di atas anak tangga betul-betul mengadap Intan. Seluarnya disinsing tinggi mungkin dia dari khemah masak, teka Intan.

“emmm...eh tak pe”,

“kenapa tak tidur lagi?”

“belum mengantuk lagipun best suasana malam ni meriah. Macam rugi pula kalau tidur awal”, Intan memandan wajah jejaka di hadapannya ada mirip shahrul. Cuma Farid cerah sikit dari Shah.

“emmm ingatkan nak panjat pokok mangga lagi”, Farid mengekek gelak. Intan yang mulanya tersentah akhirnya turut ketawa mengenangkan peristiwa itu.

“saya minta maaf ek awak..sakit lagi ke?”

“ala...tak apalah bukan sengajapun. Lagipun bukan senang bidadari nak jatuh atas saya. Kira rezekilah tadi”,

“banyaklah..” merah pipinya mendengar pujian lelaki itu.

“tapikan boleh tak saya tanya sesuatu?” dahi Intan berkerut. Muka serius Farid dipandang lama

“apa dia?”, tanya Intan tak sabar,

“berapa berat awak ek....boleh patah jugak pinggang saya tadi..”, bulat mata Intan mendengar kata-kata Farid. Dia sekadar tersenyum apabila melihat ketawa farid yang agak kelakar bunyinya.

“Along..Abang Shah cari..dia membebel tanya Along cari garam ke buat garam? Orang dapur dan mengamuk”, kemunculan Aina mematikan ketawa Farid.

“Alamak lupalah...matilah ehhh mana garam Aina?”, pantas Farid meninggalkan Intan dan adiknya, dia mengutuk dirinya macamana dia boleh lupa niat sebenar masuk ke rumah tadi.

Aina tersenyum melihat perangai abangnya nama je peguam terbaik tapi hampehh..pelupa nak mampus!...

“akak jom masuk bilik kak Muni, diorang tengah berinai”, Intan mengekor belakang aina.

***

Orang ramai silih berganti. Majlis berjalan lancar dari akad nikah sehinggalah persandingan dua mempelai. Wajah Munirah naik seri dengan sentuhan tangan mak andam. Mekap di wajahnya nampak natural. Dipadankan pula dengan pakaian lengkap pengantin ungu lembut. Memang menyerlah.

Ummi antara orang yang paling sibuk adakalanya dia didalam rumah. Lepas tu dia akan keluar untuk turut melayang tetamu. Masing-masing sibuk hanya intan yang tak tahu apa yang nak dilakukan. dia hanya asyik melihat kemeriahan yang selama ini tidak pernah dirasa.

“Intan tolong pegangkan daniel kejap, akak nak tolong apa yang patut dekat dapur tu”, Kak Hanum melepaskan daniel ke dalam dukungan Intan. Anak kecil itu merenggek apabila melihat kelibat ibunya menjauh.

Intan membawa daniel jauh dari kesibukan.esok makan besar akan diadakan, mungkin masing-masing sibuk Cuma Intan yang tak tahu apa yang ingin dilakukan. Intan tersenyum memandang ke arah daniel. Wajah kecil di dakapannya itu dipandang lama. Comel.

“hahh..penatnya..” dengan selamba shahrul duduk di sebelah Intan. Peluh yang membasahinya, dia bertungkus lumus mengemas barang di belakang rumah untuk persedia memasak malam ini. Farid yang awalnya semangat lepas tu hilang entah ke mana.

“ hai..daniel”, pipi anak kecil itu di cubit sedikit kuat membuatkan anak kecil itu menangis kuat. Intan terkejut. Punah angan-angannya, tangisan daniel mematikan segalanya

“kenapa ni...ehhh kenapa...??”

“ ehh awak ni...ketawa pulak... kenapa daniel ni...”,

Shah tersenyum menyimpan sisa tawanya. Dia pasti Intan tidak nampak akan aksi dia mencubit pipi Daniel. Intan panik. Dia cuba menenangkan Daniel. Tapi tangisannya bertambah kuat. Shah hanya memandang dengan ketawa kuat.

“dia nak mak dia kot....pergilah bagi dekat mak dia balik”, tanpa berkata apa-apa Intan terus mengangkat punggungnya. laju dia membawa daniel ke dapur tujuannya hanya satu ingin mencari kak hanum. Shah mengelengkan kepalanya melihat reaksi Intan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets