Friday, May 8, 2009

KERANA KAU 8


Kerana kau 8

“ehh kau nak kemana ni?” Noraina memandang wajah pucat temannya.

“ofislah dah laa semalam aku ponteng, matilah aku kali ni” sempat dia bersuara sambil bibirnya dicalit sedikit pelembab bibir ingin menutup bibirnya yang kelihatan pucat.

“kau kan sakit tak payahlah…” Noraina masih mencuba walaupun dia sendiri tahu usahanya itu sia-sia.

“tak apa kau jangan risau nanti kalau ada apa-apa aku call kau ek”, jam menunjukkan pukul 7.30, aduhh nampaknya lambat lagi dia kali ni. Sengal-sengal sakit perutnya masih terasa.

Noraina hanya mampu memandang kelibat Ayuni yang meninggalkannya. Faham sangat dia sikap degil ayuni dari dulu lagi tak pernah berubah. Dalam hatinya berdoa agar tiada apa yang berlaku ke atas temannya itu. Dia yang sakit aku pulak yang tak kerja, teringat dia mengambil cuti dua hari semata-mata ingin menjaga Ayuni.

Ayuni melepaskan keluhan berat. Lelahnya dilepaskan perlahan. akhirnya sampai juga Neraca Holding, macam jauh sangat rasanya. Haiii macamanalah agaknya bos aku hari ni, mesti naik angin lagilah, pelik perangai sama macam mak dia dah memang keturunan menyusahkan orang nombor satu. Ayuni membebel dalam hatinya.

“haii awak ingat syarikat ni bapak awak punya? Sesuka hati awak je nak cuti, nak datang lambat?” terkejut, ayuni megurut dadanya. Pantas dia berpaling. Encik Fariz!!

“saya....” semua mata sudah memandang ke arahnya. Malunya hanya tuhan saja yang tahu. Kalau ada kuasa mesti dia akan hilangkan diri saat itu.
“awak masuk bilik saya sekarang”, Fariz bersuara kuat. Kecut semua yang mendengarnya.

Ayuni mencampakkan beg yang dipegangnya ke atas meja. Bodoh dia ingat aku ni apa..sesuka hati dia nak pekik nak menjerit. Kau ingat ini syarikat bapak kau, kau dah bagus sangatlah. Dia berdengus geram, perlahan dia meraba perutnya yang terasa sakit. Dia tertunduk ke bumi. Tangannya masih menekan perut yang sakit.

“aduhhh...tolonglah perut bukan masa ni kau nak sakit” bisiknya perlahan cuba meredakan rasa sakit.

“Ayuni awak ok ke?”

“hah!!..ehh ok..ok..” dia tersenyum memandang siti.

“ok ke muka awak pucat semacam je saya tengok?” Siti memegang lengan Ayuni cuba membantu wanita itu.

“emmm oklah mana ada apa-apa lupa..”

“Encik Fariz.....” belum sempat Siti menghabiskan ayatnya ayuni sudah menggangguk faham. Dia sudah diarahkan tadi lagi untuk ke bilik bosnya tapi entah kenapa sengaja dia buat tak dengar.

Langkah diatur perlahan pintu itu diketuk beberapa kali. Lalu dia melangkah masuk. Fariz berdiri membelakanginya, meneliti permandangan hutan konkrit. Cantik bilik ni’ sempat hatinya memuji.

“Encik Fariz panggil saya?” wajah kelat lelaki itu membuatkan dia bersedia untuk menerima apa yang akan dimuntahkan.

“awak ni memang sengajakan...sengaja nak mencabar saya?”

“apa maksud Encik Fariz?” berkerut dahinya.

“awak tahu macamana keadaan syarikat sambut Encik Adam semalam?, memalukan saya. Semua salah awak...awak tahu?..awak sedap sedap cuti tak datang kerja? Kenapa?”

“saya ada masalah sikit Encik Fariz..saya...”

“sudah,,saya tak nak dengar alasan pekerja macam awak ni..mungkin mak ayah awak tak ajar agaknya..” Ayuni memandang tajam wajah Fariz..lelaki itu nampak begitu kecil di matanya.

“encik Fariz ni kenapa?? Kalau nak marah saya jangan libatkan mak bapak pula” bulat mata Fariz mendengar jeritan Ayuni. Panas hatinya.

“amboii...menjawab nampaknya...salah ke apa saya cakap? Kalau perangai awak macam ni mesti sebabkan asuhan awak..” Ayuni mengenggam kuat tangannya. Dia mendekati Fariz, Gumpalan penumbuknya dilayankan tepat ke muka lelaki itu. Hah ambik kau!!.

“saya tak tahulah salah siapa tapi memang encik fariz ni kurang ajar, tak reti nak hormat orang, bodoh sombong, degil macam-macam lagilah...kalau nak salahkan ayah saya mungkin ayah Encik Fariz pun sama”

Ayuni meninggalkan Fariz dalam kesakitan. Puas hatinya. Padan muka!!

***

“padan muka kau” dalam ketawa yang masih bersisa Adam menelek muka Fariz. hebat juga perempuan ni, bos sendiri pun dia tumbuk.

“aduh....” Fariz menahan sakitnya, Siti masuk membawa dua cawan kopi yang diminta oleh bosnya. Berita Ayuni menumbuk muka bosnya sudah diketahui dari tadi. Wanita hanya memandang sayu wajah Ayuni bila wanita itu keluar dengan barang-barangnya sekali.

“Encik Fariz pecat ayuni?” tanya siti berani. Walaupun ada sedikit rasa takut di hatinya.

“kau pecat dia Fariz??” tanya Adam pula, mengulangi persoalan Siti.

“mana ada...kenapa awak cakap macam tu Siti?” cawan kopi yang didepannya diangkat pelahan.

“Ayuni dah kemas semua barang dia tadi lepas tu terus balik” kata-kata Siti membuatkan Fariz terdiam.

“dia takutlah tu saya buat apa-apa dekat dia, sebab tu ambil keputusan sendiri” Fariz masih belum mengaku, kesalahannya.

“emm saya bukan apa Encik Fariz Ayuni tu anak yatim piatu, kesian pula saya tengok dia keluar tadi. Lagipun mungkin dia tak sengaja nak buat macam tu dekat Encik Fariz” kata-kata Siti membuatkan Fariz sekali lagi tersentap. Dia bangun dari duduknya. Matanya memandang ke arah Siti.

“Maksud awak ayuni anak yatim piatu?” soalan bodoh yang lahir dari mulutnya membuatkan dia mengingati kembali apa yang terkeluar dari mulut jahatnya. Hishhh biar betul kau ni Fariz kenapa kau ni lancang sangat pula...fariz mengutuk dirinya.

“mana dia sekarang siti?”

“dia dah lama balik Encik Fariz”

“amboii suka-suka dia balik...awak tulis satu surat rasmi, dia tak dibenarkan letak jawatan selagi belum setahun itu perjanjian yang telah dipersetujuikan”, kata-kata Fariz membuatkan Adam tersenyum, bijak kawannya itu menutup kesalahannya.

“kau ni kenapa pula senyum-senyum?” Adam mendongak memandang Fariz..hah sudah nak marah aku kang kena penumbuk lagi sekali baru tahu.

“aku teringin pula nak kenal perempuan yang tumbuk muka hensem kau ni...nampak sangat dia tak pernahpun kagum dengan muka kacak kau” ketawa Adam masih berlarutan. Dia bangun meninggalkan Fariz. masih banyak kerja yang perlu diselesaikan.

“ehh kau nak ke mana pula tu?” tanya Fariz melihat Adam yang sudah bangun dari duduknya.

“laaa buat kerjalah bos tak akan nak layan perasaan bos je.. nanti saya pulak yang kena penumbuk” sempat dia mengenakan Fariz. Fariz mengetap bibirnya. Geram

***

Hari ni dah masuk dua hari dia memerap dirumah, pagi tadi, dia mendapat panggilan dari Siti, sengaja dia membiarkan apa yang diberitahu kepadanya itu walaupun dia sendiri tahu kesan perjanjian itu. Tapi entah kenapa hatinya seperti tiada berperasaan. Dia memandang cermin di depannya iris matanya sendiri seperti menyatakan sesuatu tapi apa?

‘hahhh macamlah kau tak pernah dengar hinaan lebih dari itu’ bisik satu suara.

‘tapi kenapa dia mesti sakitkan hati aku? Apa salah aku?’

‘dah memang nasib kau kena herdik kena hina kau memang anak sial sama macam apa yang kawan-kawan kau kata masa sekolah dulu’

‘tidak...tidak.....’

Ayuni bangun dari duduknya pantas tangannya menutup kedua belah telinganya. Tak mahu mendengar lagi suara-suara yang berbisik itu. Cepat dia membawa dirinya jauh dari cermin itu. Tapi kemana dia nak lari?

***

“kenapa anak mama ni termenung jauh?” Datin Normah duduk di sebelah anak lelaki kesayangannya.

“mama....” hanya secalit senyuman terukir di wajah itu.

“kenapa lain macam je senyum tu macam ada makna je?” pandangan mamanya membuatkan Fariz kembali memandang kolam renang di hadapannya.

“Fariz ada masalah ke sayang?” tanyanya sekali lagi apabila anaknya itu terus membisu.

“emmm tak adalah mama..biasalah masalah syarikat tu...”

“haiii tak pernah-pernah anak mama ni merungut pasal kerja kat syarikat pelik ni?” Fariz tersenyum, mamanya memang seorang yang lemah lembut.

“ke anak mama ni teringatkan bakal menantu mama kot” tekaan mamanya membuatkan Fariz ketawa kecil, mulalah kalau dah masuk isu menantu ni mesti sikit lagi mamanya akan membebel.

“Riz tengah cari perempuan macam mama, seorang wanita, isteri, mama yang baik”, pujian anaknya membuatkan hatinya kembang. Tapi baikkah wanita sepertinya merampas kebahagiaan wanita lain? Kalau fariz tahu kisah mama adakah pujian itu akan keluar dari mulut Fariz?.

“mama...mama...” Datin Normah tersentak, panggilan Fariz membuatkan dia kembali ke alam nyata.

“haiii mama tak akan rindukan papa kot..”

“hishhh dah tua-tua nak rindu apanya” fariz tersenyum melihat wajah malu-malu mamanya.

“papa mana tak balik lagi ke?”

“entahlah tadi katanya nak jumpa kawan lama, tak balik-balik lagi”,

“Kawan lama? Aikk siapa ek kawan lama papa?” persoalan yang sama beraja di fikiran Datin Normah sejak tadi. Tak pernah suaminya keluar tergesa-gesa begitu. Mesti ada sesuatu yang disembunyikan.

Malam masih diterangi cahaya bulan. Datuk Mansur masih menunggu kehadiran orang yang sudah lama ditunggu. Dari jauh dia dapat menangkap bayang lelaki itu. Serba hitam baju yang dipakai. Topi menutup sebahagian mukanya. Macam gaya penjahat pula, bisik hatinya.

“Maaf Datuk saya lambat ada urusan sekejap tadi”

“tak apa Borhan..macamana? ada apa-apa yang kau jumpa?” tanya datuk Mansur sebelum sempat Borhan duduk didepannya.

“pasal Puan Mardiana saya gagal kesan datuk tapi saya dah jumpa anak datuk..” kata-kata Borhan membuatkan Datuk Mansur tersenyum. lantas dia mengambil gambar yang dihulurkan oleh penyiasat Upahannya itu. Bertahun dia cuba mengesan jejak isterinya itu tapi gagal. Namun berita inilah yang ditunggu-tunggu sejak 20 tahun lalu. Sampul surat ditangannya dibuka satu persatu kepingan gambar ditarik keluar.

“Ayuni????” satu persatu gambar itu ditatap.

“betul ke ini anak saya? Apa bukti yang mengatakan dia ini anak saya?”

“buktinya masih belum sah tapi dari maklumat yang saya dapat dia adalah orang yang Datuk cari selama ini, untuk pengesahan kita buat DNA saja datuk” cadangan Borhan membuatkan Datuk Mansur menggangguk perlahan. lama gambar itu ditatap. Patutlah bila aku menatap wajah dia macam ada sesuatu. Ya Allah tahukah dia aku ini Papanya?.

“kau ni kenapa aku tengok macam ayam berak kapur je?” pertanyaan Noraina disambut dengan senyuman kecil.

“tak sakit lagi?” sekali lagi temannya bertanya.

“ok dah kalau nak main badminton pun dah boleh” Noraina mencebik. Mug berisi milo panas dihulurkan kepada Ayuni.

“terima kasih”

“untuk apa?” Noraina bertanya pelik.

“untuk segalanya..”

“hishhh kau ni...”

“kaulah saudara aku sampai mati aina.. aku tak akan lupakan jasa kau..susah senang aku, kau tak pernah tinggalkan aku..terima kasih” terharu Noraina mendengar kata-kata ayuni.

“kau kan kawan aku...hahh macamana kerja kau tu?”

“entahlah aku pun tak tahu..dia buat aku ni macam hamba dia pulak ikut suka hati dia. Ingat aku ni robot ke apa?” Ayuni melepaskan marahnya. Noraina tersenyum jarang temannya itu melepaskan marah sebegitu teruk.

“tapi dapat juga dia rasa penumbuk comel kau tu”

“emmm itu baru penumbuk dia tak rasa lagi yang lebih dari itu...” ugutan Ayuni membuatkan dia terbayang wajah kecut Fariz saat menahan sakit akibat penangannya. Dia ketawa kuat.

“suka pula..” Noraina menyampuk, hairan melihat Ayuni yang tiba-tiba ketawa.

“kalau kau tengok muka dia lepas kena tumbuk dengan aku..macam muka cicak tetelan racun..” sambungnya ayuni menekan perutnya tak dapat menahan rasa suka yang tiba-tiba muncul. Aina tersenyum. kawannya itu memang sukar diduga.

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets