Wednesday, January 2, 2013

KERANA KAU 46

KERANA KAU 26
Ayuni berjalan perlahan mengikut langkah Dilla.dari tadi mulut kecil itu asyik bercerita, satu persatu diceritakan tapi entah apa yang masuk dalam kepalanya dia sendiri tak tahu. Dua hari dia cuba melarikan diri dari Fariz. tapi lelaki itu tak habis-habis menganggunya. Memang menyusahkan.
            “Kak Yuni!!...Kak Yuni dengar tak apa Dilla cakap?,”
            Ayuni berpaling pada wajah kecil itu. Tersenyum, memang jawapannya tak.
            “Hishhh itulah papa kata kalau orang tengah bercakap dengan kita, kita tak bolehlah berangan nanti tak pandai pulak..”
            “Dilla cakap apa?,”
            “Dilla cakap.. uncle Iqbal dah jatuh cinta dengan Kak Yuni…”
            Bulat mata Ayuni mendengar ayat yang keluar dari mulut kecil itu. Memanglah dia tahu dari cara pandangan mata lelaki itu tapi memang dia tak pernah bersedia untuk semua tu. sekarang ni jiwa dia sendiri tak betul.
            “Haiii budak kecik mana boleh cakap macam tu..” suara Ayuni pura-pura marah.namun menyimpan senyum bila melihat wajah kelat Dilla bila kena tegur macam tu.
            “Dilla cuma cakap… tapi Kak Yuni jatuh cinta dengan Uncle Iqbal tak?” soalan masih ada di ruang hati kecil Dilla. Ada senyuman manis di akhir soalannya.
            “tak…” pendek jawapan Ayuni namun dah cukup untuk menjawab soalan dari kanak-kanak seusia Dilla. Ringkas tapi padat.
            “Ayuni!!...” suara itu membuatkan dia dan Dilla berpaling.
            Ayuni mengeluh.
            “Ayuni kita kena balik.. Papa tak sihat semalam masuk hospital lagi..” Fariz mula mengatur ayat cuba cara lain untuk menarik Ayuni balik bersamanya.
            Ayuni menarik tangan dilla agar mengikut langkahnya. Dia mahu leri dari kesesakkan yang diciptakan Fariz. walaupun hati memnag membayangkan keadaan Dato Mansur ketika itu.
            “Ehhh awak dengar kea pa yang saya cakap ni..?” Suara FAriz lagi.. Hahhh dia ni suka hati dia aje sekejap berawak saya sekejap beraku kau.. memang tak tetap pendirian. Tangan Dilla menjadi mangsa ditarik oleh FAriz agar Ayuni berhenti.
            Ayuni terhenti. Melepaskan tangan Dilla takut juga jika dia menyakitkan anak kecil itu.
            “Apa Uncle ni tarik-tarik tangan Dilla..nanti dilla bagi tahu dekat papa, biar papa tumbuk muka uncle..” marah mulut kecil itu.
            Fariz serba salah. laju dia melepaskan tangan kecil itu. Malu juga kena sound macam tu.
            “Maaf uncle tak sengaja..”
            “Uncle ni siapa?” tanya Dilla pelik. Mungkin sebab kali pertama dia melihat wajah itu.
            “Emm uncle ni abang Kakak ni..” Fariz memperkenalkan diri.
            Dahi dilla berkerut.
            “Abang?”
            Fariz mengangguk laju, banyak mulut juga budak ni. tapi comel. “ Ya, Papa abang dengan papa kakak ni sama…”
            Dilla mengangguk laju, “Hooo macam Akim dengan Alim.. tapi kenapa kak Yuni bergaduh dengan uncle.. uncle kan abang kak Yuni..”
            “Boleh tak jangan kusutkan kepala budak ni.. Dilla balik dulu dekat papa nanti petang kita jalan-jalan lagi ek..” arah Ayuni. Lagi lama dilla dekat sini lagi banyak soalan yang akan keluar dari mulutnya.
            Dilla mengangguk laju. Sempat dia bersalam dengan Ayuni dan Fariz di depannya. Fariz tersenyum.
            “Jom ikut saya balik..” suara FAriz bila hanya dia dah Ayuni saja yang berdiri di gigi pantai. Ombak yang menampar kakinya dibiarkan.
            “Kau ni memang tak faham atau kau buat-buat tak faham.. kenapa kau ni sibuk sangat pasal keluarga tu ek… kan aku dah cakap aku tak akan balik selagi perempuan tu ada dekat situ..”
            “Janganlah degil sangat, Papa sakit tahu tak..”
            “So?”
            “So… kita kena balik, Now!!..”jerit Fariz lagi. kesabarannya semakin nipis bila melihat sikap Ayuni. Apa jenis anaklah macam ni.
            “Malas nak cakap dengan orang tak faham bahasa ni..”
            “Kau memang nak tengok papa tu dah tak ada baru kau puas hati kan..” jerit Fariz kuat.
            Ayuni berpaling. Wajah kacak Fariz dipandang geram. Dia paling pantang kalau di jerit-jerit macam tu..
            “YES!!! SO WHAT!!!...” tegas Ayuni sambil mengatur langkah.
            Fariz menarik kasar tangan Ayuni “Anak jenis apa kau ni.. jangan biarkan dendam kau tu jadikan kau anak derhaka..” tahap kemarahan Fariz semakin meningkat.
            “Kenapa ni?” Iqbal sudah berada di antara ayuni dan Fariz. matanya mencerlung ke arah lelaki yang suka-suka menarik-narik tangan wanita yang dah mencuri hatinya. “Ayuni kenapa?” soalan diarahkan kepada Ayuni yang berdiri di belakangnya.
            “Tak ada apa, ni orang gila dari tadi sibuk mengacau orang..” ujar Ayuni tanpa rasa bersalah.
            “Encik minta maaf ekk, tolong jangan buat pasal dekat sini..” suara Iqbal seakan memberi amaran keras kepada lelaki di depannya.
            “Ini masalah keluarga kau jangan masuk campur..” marah Fariz, tak senang dengan kedatangan dan cara lelaki itu mempertahankan Ayuni. Siapa lelaki ni?
            “Keluarga?” Iqbal berpaling ke arah Ayuni. Inginkan penjelasan.
            “Tak ada apa yang nak dibincangkan…semua dah habis..” Ayuni bersuara dah terus berjalan meninggalkan dua lelaki itu.
            Iqbal terkedu dan Fariz mengigit bibir geram..
********  
Kak Yuni…Dilla nak jumpa Kak Yuni tepi pantai.. nak minta tolong- Dilla
Berkerut dahi Ayuni membaca mesej dari Dilla. Laju tangannya membalas mesej dari nombor yang tak dikenali itu. Hahhh Dilla memang suka pakai telifon sesiapa pun. Mungkin ini nombor Encik Hamzah.
Knp Dilla?
Dilla ada masalah
Dilla datanglah bilik Kak Yuni..
Ayuni memberi pilihan yang lebih baik. Dikerling jam di dinding sudah pukul 11 malam. Berani betullah dilla ni.
Dilla nak jumpa tepi pantai.
Ok, akak dtg..
Ayuni mengunci biliknya.  Dia tergesa-gesa keluar. Pelik selalunya Dilla akan terus telifon dia kalau ada apa-apa. Tapi kenapa mesti nak jumpa dekat pantai. Risau juga bila membaca mesej dari Dilla apa pulaklah budak ni buat tepi pantai waktu macam ni. Ayuni meredah gelap malam.
            “Dilla…dilla!!!...” panggil Ayuni perlahan. Lampu suluh di tangannya masih dipegang kuat. “Dilla dekat mana ni? Kak Yuni ni..” suara ayuni lagi.
            Ayuni mula tak sedap hati terasa macam ada sesuatu yang tak kena. Mungkin dia dah buat tindakan salah. belum sempat dia berpaling ada tangan yang menutup mulutnya.  Ayuni meronta-ronta, cuba menolak tangan yang besar menutup mulutnya. Namun rontaannya menjadi lemah. Pandangan mata mulanya kabur akhirnya gelap tiba-tiba.
            “Bos… kerja dah beres..” suara lelaki itu, sempat tersenyum melihat Nurin yang dah terkulai. Tanpa membuat masa tubuh itu di angkat,risau juga ada mata yang akan melihat tindakannya.  
*********
Iqbal tersenyum melihat Dilla yang sedang berlari mendapatkannya. Namun senyumannya mati bila melihat ada air mata yang mengalir di pipi comel itu.
            “Haiii ni kenapa pulak muka macam sedih semacam ni? ada masalah ke? Ke putus cinta?”
            Tangisan Dilla bertambah kuat. Iqbal bangun dari duduknya, berjalan mendekati tubuh kecil itu. Hishhh ni tak akan Hamzah marah anak kesayangan dia ni sampai menangis macam ni.
            “Kenapa ni?”
            “Kak Yuni dah tinggalkan Dilla.. kenapa Kak Yuni tinggalkan Dilla..” suara itu dalam esakkan.
            Dahi Iqbal berkerut, cuba memahami ayat yang keluar dari mulut Dilla. “Kenapa ni, cuba cerita perlahan-lahah.. uncle tak fahamlah..”
            Dilla cuba meredakan tangisannya. Laju tangannya mengelap air mata dari terus mengalir. “Kak Yuni dah balik..Kak Yuni tinggalkan Dilla. Kak Yuni tak cakap selamat tinggal..” laju ayat itu meluncur dari mulut Dilla.
            “Hah?! Mana Dilla tahu Kak Yuni dah balik?”
            “Kak Shidah bagu tahu, semua barang Kak Yuni dah tak ada.. sampai hati Kak Yuni tinggalkan dilla..” air matanya menitis lagi.
            Belum sempat Iqbal bersuara di lihat Hamzah sudah melangkah mendapatkan anaknya. “ Laaa anak papa ni merajuk sampai ke sini. Kenapanya bawa diri sampai ke sini..”
            “Betul ke apa yang Dilla cakap ni?,”
            “Laa selama ni anak aku ni pernah menipu ke?, semalam dia keluar, Shidah kata memang dia dah settlekan bil semua. Tu yang anak kesayangan aku ni mengamuk sakan ni..” terang Hamzah. Memang dia pun baru tahu pagi tadi. Pelik betullah perempuan ni, datang dengan cara yang sama keluar pun dengan cara yang sama. kesian Dilla.
            “Tak akan dia tak beritahu sesiapa..” Iqbal tak puas hati.
            “Haiii kaupun nak jadi macam si Dilla ni nak siasat aku macam polis?.. jangan ingat semua benda aku boleh jawab ek..kan aku kata dulu Ayuni tu pelik..”
            “Tapi…”
            “Dah kau tak payah nak peningkan kepala aku lagi, nip uteri aku ni dah cukup dah…” Hamzah memeberi amaran. Terasa juga hatinya bila Ayuni langsung tak memikirkan perasaan anaknya.blah macam tu jer.
            “:Tak akan dia tak ucap selamat tinggal..” sekali lagi Iqbal mengeluh.
            “Bukan kata selamat tinggal, satu perkataan pun tak ada..” Hamzah mengusap rambut anaknya. memberi isyarat mata pada Iqbal agar melihat keadaan anaknya.
            Mata Iqbal jatuh kepada Dilla. “Haiii puteri uncle ni janganlah sedih, alaaa Kak Yuni tu bukan duduk dekat London ke UK ke.. dia kan duduk dekat KL aje.. nanti kita pergi sana cari Kak Yuni ekk… tak pun nanti kan Dilla boleh call dia..” Iqbal cuba memujuk Dilla. Walaupun hakikatnya manalah dia nak cari Ayuni. Alamat manalah ada.
            “Kau jangan nak berjanji..nanti sakit..” bisik Hamzah geram. Hishhh lain yang diharapkan lain pulak yang keluar dari mulut temannya itu.
            “Uncle janji nak cari Kak Yuni?,”
            Iqbal mengaru kepalanya. Namun akhirnya dia mengangguk perlahan.
            “Kau memang suka cari penyakitkan..” bisik Hamzah sambil tersenyum kepada anaknya. seakan menyakinkan anaknya dengan apa yang diucapkan oleh Iqbal.
            Iqbal cuba memproses apa yang diterimanya sekarang. Tak percaya tapi memang ini jugalah yang dah berlaku. Jauh di sudut hati dia kecewa.

           
           

TeRbaRu : DyaDila



TERBARU :

KEPADA SESIAPA YG BERMINAT NAK ORDER NOVEL TERBARU DYADILA BOLEH PM DYADILA DI FACEBOOK DYA DILA :) -PAKEJ NOVEL DISKAUN +SIGN + PENGHANTARAN PERCUMA :)



KERANA KAU 25



KERANA KAU 26

GILER KAU?

GILER KAU?
DAPATKAN DI PASARAN... TERBARU DARI DYADILA//

teratak bahagia....



pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets